Pengerusi GPMS, Mohamad Mustafa Latif mewakili seluruh ahli GPMS negeri ini menegaskan bahawa bangsa Melayu perlu mempertahankan keistimewaan yang dianugerahkan ini sampai bila-bila.
Kita tidak mahu UiTM diberikan kepada bangsa lain kerana itulah satu-satunya harta yang kita ada dan kita seharusnya mempertahankan hak itu. Dari segi persaingan pula, saya percaya anak Melayu ramai yang bijak pandai dan mereka boleh bersaing secara sihat di kalangan mereka untuk memantapkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
UiTM merupakan benteng terakhir orang Melayu bagi memperkukuhkan kedudukan agar tidak tercicir terutamanya dalam sistem pendidikan negara.
GPMS Selangor turut mahu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dikekalkan kerana akta berkenaan mampu menjamin keselamatan negara ini daripada anasir-anasir yang berniat jahat sehingga boleh mengganggu gugat keharmonian serta hubungan antara kaum.
ISA adalah benteng terakhir yang boleh menyelamatkan negara kita. Saya mohon kepada pihak yang mahu ISA dihapuskan agar berfikir semula kerana sekiranya tiada akta tersebut di negara kita, bagaimana pihak kerajaan mahu menangani kes-kes seperti rusuhan kaum, tunjuk perasaan dan sebagainya.
Selama ini ISA telah menyelamatkan negara dari anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara.
Oleh itu, GPMS negeri Selangor amat berharap agar akta ISA teruskan dikekalkan kecuali beberapa elemen kecil yang perlu diperhalus supaya lebih telus dan adil.
Bagi menunjukkan sokongan berkenaan, ahli-ahli GPMS Selangor menurunkan tanda tangan pada sebuah buku khas dan kain rentang yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Dalam perkembangan yang sama, beliau meminta agar GPMS yang akan diserapkan di bawah Akta Belia dikaji semula kerana akan memberi kesan jika peralihan secara drastik dilaksanakan tahun hadapan.
Sebelum penguatkuasaan, ahli yang berusia lebih 40 tahun boleh meneruskan tugasan seperti biasa, tetapi selepas itu mereka hanya boleh menjadi ahli biasa tidak boleh mengundi dan diundi. Malah jawatan hanya boleh disandang ahli yang berusia 40 tahun ke bawah.
Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baru untuk memegang jawatan di dalam persatuan dan melatih mereka untuk meneruskan kepimpinan yang sedia ada hari ini.
Tambahnya, setiap cawangan perlulah agresif dan proaktif bagi memenuhi cita rasa dan inspirasi generasi muda hari ini dalam membentuk belia ke arah yang lebih positif.

9:20 PM
sahabat,
saya telah memasukkan blog saudara dalam blogroll saya (25 posting terkini). sekiranya difikirkan sesuai, saya mohon jasa baik saudara untuk memasukkan blog saya dalam blogroll saudara. TQ
8:18 AM
Tuan Nobisha.
Saya dah masuk kat blog Tuan, saya tak nampak pun Tuan masukkan blog saya dalam blog Tuan.
Takpe, nanti saya masukkkan blog Tuan dalam blog saya. tq