MAJLIS RAJA-RAJA

Barisan kepimpinan Pemuda UMNO dan seluruh generasi muda negara ini, menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ke bawah duli Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu di atas kenyataan khas mengingatkan seluruh rakyat tentang asas kenegaraan Malaysia yang sudah berlandas kukuh sejak kemerdekaan yang telah membawa negara sehingga ke tahap seperti yang ada pada hari ini.

Kenyataan khas itu adalah tanda kasih sayang dan keprihatinan Sultan dan Raja-Raja Melayu kepada kepentingan asas penubuhan Malaysia, keharmonian hubungan di antara kaum dipelihara, kedudukan agama Islam dan Sistem Raja Berpelembagaan dihormati supaya sentiasa kekal bersatu padu, harmoni, aman dan makmur.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataan dan pendirian ini sememangnya dinantikan dan saya amat bersyukur kerana saya yakin Institusi Raja-raja ini adalah kekuatan Negara kita di mana ia bukan hanya melindungi orang-orang Melayu sahaja malah memayungi rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya percaya rakyat Malaysia juga amat berbangga dan berterima kasih dengan peringatan yang dibuat kerana ia mencerminkan bahawa yang sedang kita pertahankan adalah institusi Raja-raja sebagai lambang perpaduan di Negara ini dan bukan kepada mana-mana individu atau kumpulan.

”Saya menyeru dan berharap, agar semua pihak mengambil perhatian serius kepada peringatan Majlis Raja-Raja itu bahawa dalam keadaan apa sekali pun kita perlu bertanggungjawab dan tidak boleh membenarkan serta mempersoalkan asas kenegaraan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini. Kenyataan itu membuktikan tahap keseriusan suasana yang berlaku hari ini boleh menjurus kepada sesuatu yang boleh mengancam kedudukan negara jika tidak dihentikan. Jangan ada mana-mana pihak menyalah anggap kenyataan Majlis Raja-Raja itu dan mengaitkannya dengan agenda atau kepentingan kaum-kaum tertentu saja,”.

Maka kami mahu soal-soal yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan berkaitan institusi Raja-Raja Melayu, keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dipersoalkan lagi pada masa depan.

Kita perlu sedar bahawa kedudukan dan hak keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak pernah dipertikaikan oleh rakyat di Negara ini tetapi ia sering kali digunakan oleh segelintir pemimpin demi kepentingan mereka semata-mata.

Marilah kita bersama-sama mengambil peringatan penting ini supaya negara kita sentiasa berada pada landasan keamanan, keharmonian sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Apa yang lebih penting ialah untuk kita lebih proaktif memainkan peranan dan memberi sumbangan bermakna kepada pengukuhan negara sehingga membawa Malaysia ke puncak kecemerlangan.

Pada masa yang sama kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu juga secara tidak langsung mengingatkan mana-mana pihak dan individu yang chauvanist, berkepentingan peribadi, mahukan populariti supaya berhenti daripada menodai keharmonian dan asas kenegaraan kita.

Peranan Majlis Raja-Raja juga membuktikan pengorbanan, jasa, legasi dan kedaulatan Kesultanan Melayu ketika mencapai kemerdekaan mahupun pada waktu aman dan kritikal sepanjang 50 tahun ini masih memberi makna yang besar kepada hidup dan kesinambungan negeri ini.

Berhentilah daripada mengkhianati kalau mahu terus hidup bersama negara ini dan nikmati keharmonian yang ada. Elakkanlah pergeseran dan pertelingkahan, khususnya hal ehwal berkaitan mana-mana sentimen kaum dan agama. Kita sudah tiada masa untuk chauvanisme dan populariti, Malaysia perlu terus mengorak langkah maju dan meredah pelbagai cabaran domestik dan global.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    10:53 PM

    salam,

  2. bila dah semput sibuk mencari raja-raja.

    kalau berani bagilah kuasa mutlak kat raja-raja pulak!

    Bulan Penuh 2012

  3. Alhamdulillah.

    Apa yang telah terjadi ada rahmatnya. Tuan sokong bulan, itu adalah pendirian Tuan. Takde salahnya, begitu juga dengan saya... sokong UMNO itu adalah pendirian saya.

    Tidak ada mana-mana parti yang cukup sempurna di muka bumi ini, ttp saya yakin semuanya ada matlamat dan hala tuju mereka.

    Alhamdulillah, PAS berjuang dengan membawa falsafah membangun bersama Islam, tetapi jangan ada ahli-ahli sendiri atau pemimpin kena tangkap khalwat kat hotel pun, dikatakan sandiwara dari UMNO.

    Begitu juga bagaimana PAS menyokong PKR... janganlah plak PAS kata SEKS juga merupakan satu sedekah semata-mata.

    Jangan lupa sejarah PAS itu sendiri, dari mana datangya PAS< kalau bukan sebab wujudnya perebutan jawatan Presiden UMNO... apabila kalah, wujudlah PAS.

    Sekian, terima kasih kerana memberikan pandangan saudara, Si Anak Bulan

Post a Comment