Biro Ekonomi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menganggap desakan parti komponen untuk memansuhkan pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam sebagai cadangan yang tidak kena dan tepat pada masanya. Biro Ekonomi merasakan wujud keperluan yang sangat mendesak agar perkara-perkara yang asas seperti ini tidak dibicarakan buat sementara waktu.
Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri tentang keperluan liberalisasi persaingan, dirasakan tidak disambut dengan ’semangat yang betul’ oleh rakan-rakan parti komponen. Keperluan bumiputera bersedia untuk bersaing secara terbuka tidak bermakna dan mencadangkan suatu pendekatan yang melampau dan ’ad-hoc’ seperti yang disuarakan. Sementara mengakui, bahawa semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti diberikan nafas dan pemahaman terkini – pemansuhan ekuiti secara ’serta merta’ bukanlah sesuatu yang Pemuda UMNO boleh terima begitu sahaja.
Pada dasarnya, Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia tidak dapat menerima rasional milikan ekuiti 30 peratus menjadi hambatan kepada persaingan yang terbuka dan bersifat global. 30 peratus hanyalah ’garis dasar’ (baseline) yang sangat asas dan tidak memungkinkan sebarang masalah daripada sudut membuat keputusan strategik untuk kepentingan entiti perniagaan.
Apa yang lebih penting, adalah ’keikhlasan dan kesungguhan’ dalam membina ruang dan teras ekonomi baru yang boleh dinikmati semua pihak. Untuk itu berlaku, usaha ’Inisiatif Perkongsian Tulin’ (Genuine Partnership Initiative) adalah lebih wajar diberikan pemerkasaan oleh pihak kerajaan. Biro Ekonomi mencadangkan suatu bentuk insentif yang cukup berkesan diberikan kepada kalangan pengusaha yang mampu membuktikan wujudnya ’ruang interaksi ekonomi’ antara kaum dalam masa yang terdekat ini.
Kita memerlukan lebih banyak ’model dan cerita sukses usaha ekonomi’ yang bersifat Malaysia. Kejayaan kerjasama ini dirasakan mampu menjadi ’asas’ kepada keterbukaan minda dan kesiagaan sikap bumiputera bersaing secara terbuka di dalam sektor swasta. Kerjasama ekonomi tulin inilah yang mampu memberikan keyakinan bahawa wujud ’keikhlasan dan kesungguhan’ dalam membangun ekonomi secara bersama dan lebih menyerlahkan kepentingan semua kaum.
Oleh yang demikian – Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan ’aliran pemikiran kerjasama tulin’ ini diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Untuk ianya diterima baik oleh masyarakat peniaga/usahawan – pengukuhan dalam bentuk insentif dan pengecualian cukai boleh difikirkan secara maksimum. Kita mencadangkan, suatu mekanisme ala ’Syarikat Berstatus MSC’ – turut digunapakai dalam usaha pemerkasaan kerjasama tulin ini.
Biro Ekonomi menganggap cadangan ini lebih mampu dilaksanakan daripada terus mendesak kepada agenda pemansuhan yang terlalu ad-hoc dan mendadak. Suasana sekarang menuntut kita untuk menjadi lebih bertanggungjawab dengan sebarang cadangan yang ingin disuarakan.

Dalam suasana ekonomi yang sukar – fokus kita lebih wajar tertumpu kepada usaha mencari ruang ekonomi baru. Aliran pemikiran ’mansuh dan ketepi’ apa yang menjadi asas selama ini, mestilah dibuat dengan semangat dan dalam masa yang betul. Kita amat berharap, agar kenyataan seperti ini tidak dibuat secara membuta tuli dan semberono.
Kesediaan ’memansuhkan’ apa jua asas yang dinikmati selama ini – perlu didahului dengan usaha ’pemansuhan dan pembersihan’ minda yang stereotaip dan berprasangka sesama kita.

5:22 PM
BUNGARAYA mencelah,
Bila masanya yang sesuai?
Pada saya soal nak hapuskan 30% itu tidak timbul. Yang timbul bila nak naikkan dari 30% kepada 60%. Kenapa mesti ujud perkataan "sesuai" dalam tulisan ini. Ikut kata Tun Mahathirkah?
Sebenarnya sampai bila-bila pun ianya tidak akan sesuai. Saya kata sekali lagi. Yang sesuai menambahkan persentagenya. bukan mengurangkannya. Ada faaahamkah?