Berbekalkan sedikit semangat dan simpanan yang ada kat CIMB Unit Trust, akhirnya niat aku untuk berniaga, insya-Allah akan menjadi kenyataan. Jika sebelum ini, aku berhasrat untuk menternak ikan keli, namun disebabkan beberapa masalah terutamanya mendapatkan lokasi atau tanah untuk projek ikan keli ini, akhirnya aku ditemukan dengan projek lain…. Cacing.
Lebih best, rupa-rupanya Rostam @ TAM motosport yang menjadi ‘dalang’nya. Jika dengan dunia bermotoran, dia dikenali dengan nama Tam Motosport tapi dalam arena projek cacing nie, dia dah jadi Tam Agro Ventures.
Aku berminat untuk turut serta dalam projek ini, terus keluarkan sedikit `simpanan hari tua’ di CIMB Unit Trust, dan buka Juara Agro Resources untuk projek cacing nie.
Dengan bantuan Hery, yang telah pun berhenti kerja kat ‘opis’nya tu, akhirnya kami dapat sebuah kedai ‘terbengkalai’ di Bukit Sentosa 2, tempat bermulanya projek ini nanti. Mak dengan abah pun bersemangat, selain bini aku yang faham dengan `karenah poyo’ aku nie. Insya-Allah, kalau semua sepakat dan kerjasama… projek cacing nie boleh Berjaya, kalau orang lain boleh kenapa tidak dengan kita.
Alhamdulillah, petang tadi aku sempat ke Tam Agro, untuk melihat 6 kilo cacing pertamaku… insya-Allah dalam masa terdekat nie, dapat lagi 4 kilo. Kalau ada duit lebih nanti, aku rancang nak tambah lagi 10 kilo…. Okey ker Bro-TAM? Buat sahabat-sahabat lain yang telah pun menceburi bidang nie, tolonglah tunjuk ajar saya. Saya budak baru belajar, tolong-tolonglah tunjukkan agar saya juga boleh berjaya....

11:00 AM
Semoga berjaya...Amin.
11:42 AM
alo geng Pemuda..cam 'masyuk' je biz ni
11:48 AM
Insya-Allah.
Terima kasih 'Kembara Politik'. Tak larat nak berpolitik sahaja, kena juga jaga makan minum anak isteri.
Kang tak pasal-pasal kena lempang plak nanti. Heheheh.
Manlukeman - Susah nak kata masyuk ke idak, sebab baru nak cuba, cuma kawan-kawan dah boleh berbanggalah dengan projek ini, sebab ianya atas usaha sendiri. Takda lah nak mengharapkan projek kerajaan semata-mata.
Kena berusaha sendiri baru tahu 'penangannya' kot. Insya-Allah, aku akan usaha bersungguh-sungguh, takkan projek inipun nak bagi Cina je yang kaya.
Kawan-kawan, doakan aku berjaya yea... Kalau saper-saper ak cuba, boleh gak aku kenalkan dengan kawan aku yang kenalkan aku dgn projek cacing nie.
11:48 AM
12:18 PM
tahniah dan doa agar saudara suksess...
dah lama 'mengidam' nak buat projek sewaktu dengan nya ni...cuma belum diberikan kekuatan mental dan fizikal...bolehlah saya menuntut ilmu ni dengan saudara nanti...kalau tak keberatan...
12:23 PM
Betul tu...saya pun ada juga buat pertanian ni sikit2...buat kebun tanam sawit...Alhamdulillah dah dapat hasil...usia sawit dah 3 tahun lebih. Sabtu & Ahad balik kampung tengok kebun...masa minyak melambung dulu, mmg masyuk juga...harga sawit hampir cecah RM800 satu tan. Alhamdulillah pendapatan yg diberi Allah. Tapi bila harga merudum ni...hasil tak seberapa la...apa pun kena kerja keras utk meningkatkan ekonomi kita, secara tak langsung ekonomi Melayu kukuh dan InsyaAllah dapat saling membantu sesama Melayu...
12:34 PM
Boleh, takde masalah. Saya pun masih baru, kalau sesiapa yang berminat, saya boleh bawa jumpa tuan 'sifu' saya.
Takde masalah.
2:08 PM
Saper-saper tahu kat mana nak beli jerami padi, tolonglah hubungi saya. Saya perlukan jerami padi untuk dijadikan makanan cacing nanti.
Tapi janganlah jual mahal sangat. Tq (019-6689506)
9:27 PM
Salam perjuangan,
Cacing di bukit beruntung? Mesti banyak untung dok kat bukit beruntung. Tahniah kerana berjaya menceburi bidang Agro. Semoga berjaya!
Pemuda IKS ada buat projek ramai-ramai menternak ikan keli. Kitorg port kat paya jaras. Ni kire bisnes antara kengkawan. Bes gile! Enjoy gile! Kitorg skrg tgh propose kat Pemuda Bhg Batu. Tolong beri galakkan kpd orang muda dalam Parlimen Batu utk bniage.
Pemuda IKS cadangkan Sahabat Gunung buat satu proposal supaya kengkawan dari Pemuda Lembah Pantai leh join bisnes cacing nih. Bole berjaya beramai-ramai. Selamat berjuang!
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
10:40 PM
Pemuda IKS.... cam menarik je projek keli tu... Bila boleh melawat kawasan awak... hehehe.
Saya menceburi bidang 'cacing' nie pun masih baru. Masih baru nak berjinak-jinak.