MENDIDIK BUKAN UNTUK DIIKTIRAF DENGAN GELARAN ‘DATO’

Baru-baru ini heboh satu Malaya bila Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan TYT Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob... hingga menyebabkan banyak pihak malah golongan karyawan tanahair turut menumpang kaki menentang hasrat kerajaan Melaka anugerahkan Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Kemudian, nak redakan keadaan, akhirnya Sheila Majid pun dianugerahkan gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. Redalah sekejap isu Dato’ ini, tapi ia menyebabkan seorang pembaca dalam blog aku nie menyuarakan perasaan tidak puas hatinya, mengapa orang seni mudah mendapat gelaran Dato’ sedangkan apa sangatlah sumbangan mereka berbanding dengan golongan guru dan pendidik, yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa demi menjadi warganegara berguna.

Benar... mungkin apa yang diutarakan oleh `Rinda’ dalam isu ini harus dilihat sebagai satu persoalan yang dibincangkan dengan cara yang matang, bukannya emosi.

Dalam cadangan Rinda... buat apa nak tubuhkan IPG (Institut Perguruan Guru), lebih baik banyakkan pembinaan Akademi Seni demi melahirkan lebih ramai insan seni, memandangkan insan seni lebih diiktiraf oleh masyarakat berbanding dengan golongan pendidik.

Dalam hal ini, saya kurang bersetuju sebab matlamat kita mendidik anak bangsa bukanlah untuk meletakkan diri kita untuk diiktiraf, dengan cara mendapatkan gelaran Dato’. Percayalah, golongan pendidik adalah insan yang paling diiktiraf dan dihormati di mana-mana pun, malah insan seni yang lahir pun pada mulanya mendapat ilmu dari golongan pendidik.

Ada cara lain untuk mengiktiraf golongan pendidik, bukan sekadar penganugerahan gelaran Dato’ sebagaimana yang `Rinda’ utarakan. Namun dalam masa yang sama, gelaran Dato’ ini di Malaysia macam dah takde harganya lagi, macam senang je dapat.

Oleh yang demikian, satu mekanisme perlu diambil agar anugerah Dato’ ini benar-benar ISTIMEWA buat insan yang benar-benar telah berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat dengan ikhlas dan jujur, bukannya mereka-mereka yang mengharapkan imbuhan lain seperti mendapat nama atau melonjakkan namanya untuk kepentingan peribadi.


Nota: Aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mendidik aku selama ini bermula di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka, Sekolah Tun Mutahir, Melaka – Sekolah Tinggi Melaka (Al-Fatihah buat cikgu Rafaei Mahat- Pengetua aku dulu di MHS) – Sekolah Men. Seri Tebrau, Johor Bahru. .....

Jasa guruku – Fatimah Abu Bakar, cikgu Hassan Sepaktakraw, cikgu Omar, cikgu Mahani, cikgu Rohana .. (SK Bkt Beruang, Melaka), Allahyarham Rafie Mahat, cikgu Md Lasa (MHS), cikgu Nik Zamani, cikgu Punitha, cikgu Mat Top, dll (Sek Men Seri Tebrau) ..... mungkin ramai aku dah lupa nama, namun jasa dan pengorbanan mereka selama ini dalam menjadikan aku `seorang orang’, mungkin tidak dapat aku lupakan. Aku berdoa, semoga kesihatan dan kesejahteraan buat semua guru-guruku, bahgia di dunia dan akhirat. Insya-Allah.



DATO’ SAHABAT GUNUNG
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment