GPMS INGATKAN KAUM TERTENTU SUPAYA TIDAK BERTERUSAN MAINKAN SENSITIVITI MELAYU

PETIKAN UCAPAN PRESIDEN GPMS PADA PAT GPMS, 20 Dis 2008

GPMS ingin menggunakan platform ini untuk mengingatkan kaum tertentu supaya tidak terus-terusan bermain dengan perasaan dan sensitiviti orang Melayu. Jangan sentuh tentang Islam kerana ianya asas mutlak penghidupan dan kepercayaan kami. Belajarlah untuk menghormati agama rasmi Negara ini. Jangan sentuh Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu. Jangan heret ke bawah Duli Tuanku dalam polemik ketuanan Melayu. Jangan bawa sensitiviti Melayu dalam cubaan bersih diri daripada krisis moral peribadi. Belajarlah jadi anak Jantan – selesai pekung sendiri; sebelum menarik kepentingan bangsa dalam polemik moral peribadi yang hodoh dan menjijikkan!

Belajarlah menghormati dan menghargai sejarah. Insaf dan sedarlah bahawa bumi ini FITRAH agamanya ISLAM; FITRAH bangsanya MELAYU. Sejarah bumi bertuah ini bermula jauh dan lama sebelum merdeka. Islamnya jauh mencakupi Pasai, Grisik, Perlak dan Palembang. Islam sama mendarat di Melaka hasil usaha Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadhi Menua, Maulana Sadar Johan dan lain-lain.[1] Diperkukuh lagi oleh tradisi keilmuan Alam Melayu yang dibawa Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri, Bukhari al-Jauhari, Abdul Rauf Singkel[2] – dan ramai lagi ulama’ sezaman.

Ketuanan Melayu – tidak boleh sama sekali diasingkan daripada perjalanan sejarah. Ini adalah hakikat dan tidak boleh ditempelak mentah-mentah. Ianya jauh didasari oleh budaya memimpin masyarakat Melayu yang sudah terbina lama. Tome Pires melalui tulisannya dalam Suma Oriental mengakui asas ini. Catitan Maharaja Yung-Lo (1402 – 1424), dari Dinasti Ming turut mengakui kehebatan Kesultanan Melayu Melaka. Suasana kepemimpinan Melayu diikuti Kerajaan Johor, Kerajaan Melayu Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan[3]. Apakah dengan asas sekukuh ini kita masih perlu menjadi bangsa yang defensif dan kecil diri?

Sayangnya, ketuanan Melayu dijadikan pihak tertentu sebagai – alat politik. GPMS menggesa, mana-mana pihak perlu menerima Ketuanan Melayu sebagai elemen sejarah yang konkrit dan tidak boleh diganggu gugat. Bersyukur dan belajar mengucapkan terima kasih bahawa orang Melayu sangat-sangat toleran – dan tidak benar-benar melaksanakan cita-cita TUAN – walaupun punya hak dan paksi sejarah untuk berbuat demikian. Jangan menjolok sensitiviti kita lagi dengan apa jua alasan.

Hormatlah kepada agama Islam – Perkara 3 (10) Perlembagaan Negara. Jangan bermain dolak dalik dengan takrif setia kepada Raja – kerana lawannya adalah derhaka, Perkara 32 (1). Usah menghina Bahasa Melayu – seperti yang termaktub dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan. Jangan cuba menulis semula sejarah; yang hak tetap hak; yang benar tetap kan menjadi benar.

GPMS menganggap tindakan beberapa Kerajaan Negeri yang cuba mempelbagai bahasa di papan tanda sebagai tindakan tidak bertanggungjawab. Dalam bahasa yang halus, mereka ini sengaja mencari ruang bersikap perkauman dan racist. Apa yang mereka ingin buktikan? Apa yang mereka mahu sematkan di minda dan hati rakyat? Pada GPMS, niatnya adalah untuk menghina Bahasa Melayu atas alasan yang longgar dan rapuh. Sikap dan matlamat mereka yang kononnya terbuka, telus, rentas kaum – samalah seperti peribahasa Melayu: rupa boleh ubah, tabiat dibawa mati; ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?, ibarat pahit peria – waima ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan – apabila masak kan pahit juga.

Di daerah lain, pimpinan Melayu mabuk kuasa. Ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan, diserakkan padi awak, dihimbaukan orang lain. Suara orang lain jadi utama, suara bangsa sendiri diketepikan. Dalam isu pembukaan UiTM misalnya – siapa yang mampu menyangka, dek terbuai arus kuasa – Melayu sendiri berlagak lupa. Pimpinan Melayu – jadi mudah ditelunjuk kanan dan kiri; bagai harimau tiada gigi; orang bermandi selam, awak bermandi timba – ibarat pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tidak terkayuh. GPMS sangat vokal dalam menentukan UiTM kan kekal jadi milik orang Melayu!

GPMS mengimpikan jalur politik Melayu yang saling terkait dan bijaksana. Sebagai NGO Melayu, kita terbuka untuk bersama – asalkan asasnya untuk Islam, niat-nya untuk Melayu. GPMS mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan penerimaan baik PAS sewaktu muktamar parti politik itu yang lalu. Prinsip tautan silaturrahim positif seperti ini akan kita teruskan. Samalah dengan tindakan kita bersama menentang kebiadapan Majlis Peguam tempohari. Politik Melayu mesti punya hikmah. Tahu asas untuk bersama – saat musuh menjolok mata.

Kalau hadir GPMS mampu menjadi jambatan hubung, demi suatu kemuncak politik Melayu yang luar biasa – kita sanggup memainkan peranan itu. Jika kehadiran GPMS mampu menjadi jalan tengah bicara dan pertemuan, kita sanggup. Ketepikan ego dan penting diri – kita mesti mengutamakan agama dan bangsa, dalam menerus dan menegakkan perjuangan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Terus terang saja. Jika sekali lagi pemimpin kaum cina dan India mempermainankan KITA, bagaimana? Jangan tinggalkan daku. Aku sedia mengasah apa benda tumpul yang bisa menjadi senjata. Aku ku terjah perut mereka hingga terburai dimakan mulutku yang hati dan jiwaku berkata itu Halal.

  2. Di Melaka, depa dah gantung kepala babi... adakah itu mencabar namanya...

    Sampai bila nak kita biarkan mereka kurang ajar... Sampai bila

  3. Anonymous
    9:46 PM

    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Segala yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"

    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan.

    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka

    [Sajak "Melayu" oleh Allahyarham Datuk Usman Awang - jadikan renungan sahabat sekalian ]

  4. PAS nak laksanakan hudud, tapi DAP menolak....

    Akhirnya... Melayu gak yang mengalah.

  5. Anonymous
    12:09 PM

    Takkan Melayu Hilang di Dunia..tapi bahaya apabila Kaduk Naik Junjung..lebih perit kalau Kacang lupakan Kulit..

  6. Anonymous
    10:19 PM

    Tahniahlah kepada Melayu yang masih tak sedar diri, kepala dah dipijak pun masih tak sedar diri lagi.

    Korang tak malu ke jadi Melayu tak guna, Melayu yang terpaksa bertiangkan kepada Cina untuk terus menyuap nasi ke dalam perut diri dan anak bini.

    Sampai bila... UMNO bodoh sebab bertemankan MCA dan Gerakan... PAS plak bodoh sebab berDewakan Anwar Ibrahim dan berTuankan DAP.

    Yang untung ialah Cina itu sendiri manakala India yang dah bertuhankan Anwar sekarang nie dah bermaharajela...

    UMNO terus leka dengan kuasa, pangkat hingga terlupa pada perjuangan bangsa. Kenapa, kalau tak jadi Ketua Bahagian atau Pemimpin UMNO... korang tak leh berjuang untuk bangsa ke, untuk agama ke.... Bangsatlah lu orang.

    Jangan sampai anak cucu lu orang nanti kencingkan kubur korang sebab anak cucu lu orang akan jadi hamba di tanah sendiri....

Post a Comment