Pemuda di arah bantu mangsa banjir.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengarah dan menggerakkan semua jentera Pemuda UMNO Negeri yang dilanda banjir, khususnya Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah dan Perlis sepanjang musim tengkujuh.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, jentera Pemuda-pemuda Negeri berkenaan telah melaksanakan tinjauan dan pemantauan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengenal pasti keperluan mangsa dan bantuan yang perlu.

Walaupun cuaca dan banjir semakin baik dan mangsa di pusat pemidahan sudah semakin berkurangan dan ditutup, jentera Pemuda UMNO janganlah leka kerana di dalam pengalaman tahun-tahun terdahulu, banjir akan berulang sehinggalah musim tengkujuh berakhir pada hujung tahun. Kita patut sentiasa bersedia.

Selain membantu agensi berkenaan di dalam kerja-kerja menyelamat dan pemindahan mangsa, jentera Pemuda UMNO juga menyumbang tenaga di pusat-pusat pemindahan.

Gerak kerja Pemuda UMNO juga meliputi persiapan bantuan selepas banjir seperti pembersihan kediaman mangsa dan sumbangan pelbagai bantuan keperluan rumah tangga dan persekolahan.

Setakat ini, Pemuda UMNO Negeri Terengganu turut mengenal pasti dan melaporkan kedaifan mangsa dari kalangan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan perhatian segera.

Sehubungan itu, bantuan dan gotong-royong akan dilaksanakan sebaik sahaja keadaan cuaca dan persekitaran mengizinkan kerja-kerja itu dilaksanakan. Urusetia Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di talian 603-4044 1199 akan menerima laporan terkini dan perkembangan semasa gerak kerja.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment