RUNTUH LAGI….


Takziah buat keluarga yang kehilangan ahli keluarga pada kejadian tanah runtuh pada tadi di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. Semoga tanah hadapi dugaan ini.

Cuba, aku yakin masih ramai yang risau, memandangkan masih ada antara 3000 hingga 7000 orang yang terperangkap, tidak dapat keluar dari kawasan kejadian, termasuklah abang ipar aku yang tinggal di Kondo… apa ntah kat atas tu. Setakat petang tadi, aku dimaklumkan bahawa bekalan elektrik dan air telah dipotong, mungkin langkah berjaga-jaga untuk kejadian yang lebih buruk lagi.

Semoga kejadian tanah ini tidak berulang lagi. Semoga semuanya selamat keluar dari kawasan ini. Semoga mereka yang masih hilang juga akan dijumpai, kalau boleh biarlah selamat.

Semoga kejadian ini dijadikan pengajaran buat mereka-mereka terutamanya pemaju perumahan yang gila-gila nak buat rumah dan kediaman di tanah tinggi. Akhirnya, siapa yang rugi.

Setakat jam 8 malam tadi, 4 orang telah dikenal pasti sudah meninggal dunia termasuk seorang pembantu rumah Indonesia yang dijumpai pada jam 6 petang tadi.

Al-Fatihah buat Saiful Khas dan pembantu Indonesia (Sekiranya dia juga beragama Islam).

Buat mereka-mereka yang tak terlibat tu, khususnya orang yang bukan penduduk di situ…. Pesan aku janganlah menyibuk untuk ke sana, biarlah pasukan penyelamat buat kerja mereka. Sekiranya kita beramai-ramai berhimpun ke sana…. sesak dan menyusahkan pasukan penyelamat buat kerja.

Buat mereka yang telah diarahkan berpindah tu, janganlah berdegil untuk tidak mahu berpindah, jangan terus menyusahkan pasukan penyelamat sekiranya malam ini berlaku lagi kejadian ini. Jangan terlalu sayangkan harta benda hingga sanggup mengadaikan nyawa kita sendiri.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment