Ulat tiket masih berleluasa di Hentian Bas JB

Siapa kata masalah ulat tiket sudah berakhir. Masalah ulat2 ini masih menghantui rakyat Malaysia khususnya mereka yg kurang berkemampuan khususnya student.

Ini terbukti apabila aku turut menjadi mangsa keadaan. memandangkan aku akn balik KL sendiri, senentara bini aku stay JB... Aku naiklah bas jam 3.30 petang.

Aku kat dalam bus lah nie, update blog menggunakan blackberry aku.

Hanya satu perjalanan tapi terima 2 tiket bas yg berbeza dan akhirnya tiket aku diambil oleh 'ulat' nie ketika aku naik bas.

Dengan harga tiket yg melambung... RM35, aku diperlakukan seperti org bodoh, bertukar2 bas kerana nak mencukupkan penumpang bas yg ada.

Aku harap pihak MECD khususnya LPKP ambillah tindakan segera utk membendung masalah ini daripada terus berleluasa.

Masalah ini akan menekan golongan yang berpendapatan rendah khususnya mereka yg tidak mempunyai kenderaan sendiri dan menggunakan bas ekpress utk tujuan pengangkutan.

Nasib baik sebelum tiket2 aku di ambil, aku sempat ambil gambar dua tiket yang berbeza ini.

Insya-Allah, malam nie aku akan masukkan pic tersebut utk membuktikan cerita aku ini.

Buat pengunjung blog sahabat-gunung, boleh berikan cadangan agar aku dapat memberikan sedikit sumbangan kepada mereka2 yang menggunakan bas ekspress utk kebaikan bersama.

Apakah tindakan yang aku harus ambil. Bagaimana?

Terima kasih.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    12:12 PM

    bro,maafkan saya...lpkp ni jgn la diharapkan membantu menyelesaikan masaalah ini...mereka ini lah yg merancangkan masaalah ini agar mereka berpeluang menaguk di air keroh.pengerusinya akan mengarahkan membuat operasi sekiranya bole dapat political mileage.dia ni akan memperbodohkan rakyat ajer dgn kenyataan2 yg konon membawa harapah pada rakyat tapi sebenar hampas n dia akan ketawa d belakang tabir...percayalahhhh...dia penuh dgn kroninya...dan dia amat berbangga dgn kepandaian tarf peguamnya yg sebenarnya kelas 3...n tak pernah masuk court untuk membela atau bicara...tks.

Post a Comment