WAN FARID TARUHAN BN

Akhirnya, teka-teki siapa calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu terjawab. Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Farid akan menjadi taruhan BN dalam PRK tersebut.

Semoga dengan terlerainya teka-teki ini, UMNO dan BN Terengganu serta pasukan-pasukan simpanan dari negeri lain, sudah bersedia sepenuh tenaga dan perhatian, untuk memastikan kemenangan dan merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Ini komen saya,
    Siapapun jadi calun, apatah lagi jika ia Ketua UMNO Bahagian, jika ianya orang yang dihormati rakyat setempat, jawapannya syukur alhamdulillah. Kalau saya penggundi disana sudah tentu saya akan membeikan UNDI kepada BN/UMNO.
    Sebabnya kerana jika ia menang, apapun yang dikehendaki rakyat KT, mudah menjadi satu realiti dan kenyataan. Anak-anak nak sambung belajar dan meminta pinjaman senang, Nak naik Haji senang, Nak jumpa YB senang, nak membangunkan kawasan masing-masing senang dsbnya senang dibanding dengan calun yang bukan dari kerajaan. Kita bagi menang pembangkang. Hanya menanglah yang kita dapat. Jika menghadapi musibah, akhitnya dengan malu dan tersipu-sipu kita jumpa pemimpin BN juga akhirnya.
    Melayu pemerintah KT. Kenapa kita nak sokong pembangkang sedangkan kitapun melayu juga. Bahkan kita sama seagama.

  2. Anonymous
    9:51 PM

    Apa yang terjadi kepada orang Melayu di Perak dan Selangor selepas PRU12 jadikan teladan. Allahyarham Datuk Usman Awang pernah berkata- berbuahlah pisang tiga kali. Orang Melayu masih bermimpi. Undilah orang Melayu yang betul-betul memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Jangan mudah tertipu oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak gelapnya.

Post a Comment