Mencari sinar bahagia buat UMNO

Semalam merupakan hari duka buat aku, dan mungkin kebanyakan ahli-ahli dan pemimpin UMNO: melihat sekali lagi UMNO dan BN khususnya menerima kejutan dengan kekalahan Dato Wan Farid bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Namun, aku tak boleh nafikan bahawa masih ada ahli UMNO dan mungkin sedikit pemimpin UMNO yang gembira dengan keputusan ini. Ramai yang melihat bahawa faktor calonlah yang menyebabkan kekalahan ini dan ramalan awal bahawa UMNO akan menemui kegagalan untuk mempertahankan kerusi ini, terbukti menjadi kenyataan.

Dengan mengambil contoh kepada 2 komen dalam post aku yang terdahulu ‘Tahniah Wahid Endut: banyaknya pengundi hantu yang BN bawa’.

“Nyata sekali peralihan kuasa yang dijanjikan oleh Pak Lah kepada Najib Mac ini belum membawa keyakinan kepada pengundi2 di Kuala Terengganu dan keputusan Pak Lah memilih Wan Farid sebagai calon jelas tidak boleh diterima pengundi kerana mereka mahukan calon lain yang lebih mesra rakyat, dekat di hati rakyat dan berjiwa seorang pendidik seperti Zuber Embong. Siapa yang boleh menerima jika setiap kali memilih calon baik dalam PRU atau PRK, calonnya adalah mereka yang dekat dengan Pak Lah, bukannya dekat dengan pengundi.”

“Tun pernah berkata tempoh hari Wan Farid adalah SEBURUK-BURUK calon bagi UMNO. Apabila Pak Lah diminta mengulas kenyataan Tun, Pak Lah dengan bodoh sombong dan penuh keegoaan berkata, "MAHATHIR sudah TIDAK RELEVAN dalam UMNO". Sekarang siapa yang tidak relevan? “


Kedua-dua komen tersebut datangnya dari Khairul… tapi hakikatnya bukan Khairul sahaja yang berkata demikian, malah ramai lagi yang mempunyai pandangan yang sama. Malah ada yang tak segan-segan lagi mengatakan 1 mati di KT: 2 Timbalan Menteri hilang di Kuala Terengganu. Lebih buruk yang mengatakan…seorang lagi general tempang Pak Lah gugur di medan perjuangan.

Serba-salah aku dalam situasi ini. Benar pepatah Melayu mengatakan ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’.

Sebagai seorang yang setiakawan kepada UMNO, aku harus menjadi Pemuda Berani. Berani Berubah untuk memastikan kesinambungan UMNO kekal selamanya, kekal sebagai tunjang belakang BN dalam mengurus-tadbir negara yang kita sayangi ini.

Ketika aku menulis ini, aku sedang berehat di Batu Buruk Beach Resort, sedang menikmati keindahan alam, desiran dan kesegaran udara laut yang cukup menyegarkan sedangkan aku keletihan selepas berminggu-minggu mencurah tenaga dan masa untuk BN dan UMNO.

Tapi hari ini, desiran ombak laut ini cukup mendamaikan, cukup untuk menghilangkan kepenatan dan perasaan kecewa akibat kekalahan semalam. Biarlah…biarkan ombak laut ini membawa haiku yang lara ini, biarkan…biarkan…

Persoalannya kini, masihkah ada sinar untuk esok. Masih adakah lagi tempat untuk UMNO bertahta dalam hati dan sanubari orang-orang Melayu.

Masihkah ada sinar….?
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Salam,

    Jangan risau sinar tetap ada selagi ada matahari dan bulan, itu adalah hukum ALLAH.Hidup dan perjuangan diteruskan.

    2. Sebagai anggota organisasi sanggup dan perlu BERUBAH, tinggalkan tabiat tak elok yang memberi kesan negatif kepada parti (tamak, bongkak ,ego, busok hati dan pengdenki, kuat merajuk, hendakkan balasan, cakap tak serupa bikin, pembohong, berwibawa dsb), perangai perlu baik dan diterima khalayak. Insyaallah , cahaya kan bersinar seterang-terangnya.

    TK

  2. Anonymous
    8:08 PM

    Banyak perlu diubah dalam UMNO..UMNO sekarang tempat untuk pemimpin2 yang kaya bukan macam dulu..sanggup bergadai hanya untuk agama,bangsa dan negara..INILAH PERKARA YANG AMAT MENYEDIHKAN!!Lihat sahaja dalam pemilihan UMNO Cawangan dan Bahagian
    baru-baru...semua perkara ini berkait bila ditelusuri..kita tengok pendekatan pembangkang..

  3. Anonymous
    11:07 PM

    umno sekarang umno yg pentingkan perut dan bawah perut. mana ada istilah iklas. no fulus no kerja.

    pembangkang jauh lebih iklas dengan perjuangan mereka. datang dengan duit sendiri malah siap bagi derma lagi. umno camtu kah?????????????

  4. Anonymous
    5:34 AM

    Biarkan luncai akan akhirnya terjun dengan labu-labunya. Nampaknya ada lagi perasaan berpuak-puak dalam UMNO Terengganu. Kalau dah kalah tu buat cara kalah. Biarkan yang menang diberi peluang mentadbir. Kasi peluang Dato Ahmad Said mentadbir. Beri dia peluang mengukuhkan UMNO. Kenapa yang dah kalah tak habis-habis jadi duri dalam daging. Tak serikkah dulu kalah kpd pembangkang?
    Betullah kata Khairul..bodoh sombong atau sombong bodoh atau luncai????

Post a Comment