2 PILIHAN RAYA KECIL: Mungkinkah pemilihan UMNO akan ditangguhkan lagi?

Sejak kebelakangan ini, semua bercakap mengenai pilihanraya kecil. Sejak Nizar dan Siva mahu Pilihan Raya Kecil DUN Behrang dan Changkat Jering yang meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas, yang turut membawa kepada perubahan kerajaan negeri Perak, yang akhirnya permintaan agar pengundi Changkat Jering keluar sekali lagi untuk mengundi ADUNnya, dimakmulkan tetapi bukan untuk mengundi ADUNnya tetapi mengundi untuk Ahli Parlimen baru, setelah Ustaz Roslan Shaharum meninggal dunia baru-baru ini.

Bukan sahaja di Parlimen Bukit Gantang, malah satu lagi bukit iaitu Bukit Selambau akan menjadi pertaruhan setelah ADUNnya, Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Dua bukit akan menjadi pertaruhan, satu parlimen dan satu dun. Persoalannya sekarang, kedua-dua kerusi tersebut hendaklah diisi dalam masa 60 hari, dan esok SPR akan membuat keputusan.

Dalam masa yang sama, UMNO bakal menyaksikan Pemilihan pucuk pimpinan tertingginya, Mac ini (24 hingga 28 Mac). Ini sedikit sebanyak akan merencatkan sikit proses kempen di kedua-dua bukit dan kempen para calon-calon UMNO yang bakal bertanding, jika kedua-dua PRK tersebut diadakan sebelum Pemilihan UMNO.

Kini di peringkat akar umbi, wujud satu teka-teki baru, mungkinkah pemilihan UMNO sekali lagi akan ditangguhkan demi memastikan BN menang dalam kedua-dua pilihan raya kecil tersebut.

Demi memperkuatkan jentera BN, tumpuan harus diberikan kepada gerak kerja pilihan raya, lupakan dulu soal pemilihan parti…mungkinkah itu akan menjadi persoalan dalam masa terdekat ini.

Semuanya bergantung kepada keputusan SPR esok. Mari kita bemain teka-teki, mungkinkah Pemilihan UMNO akan ditangguhkan? Bila?

Lu pikiqlah sendiri….
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment