BERPOLITIK MACAM MAIN BOLA ....

Betullah, politik nie ibarat macam permainan bolasepak juga.

Kalau nak menang, kita kena ada pengurus dan jurulatih yang bagus, serta komitmen dan kerjasama yang baik antara semua pemain dalam pasukan termasuk pemain-pemain simpanan.

Penonton hanya akan bersorak, yang menang akan bergembira dan yang kalah akan berduka.

Yang pasti, setiap pasukan yang bertanding, akan berusaha yang terbaik demi mencapai kemenangan.

Kemenangan hari ini bukan kemenangan mutlak, tapi kemenangan sementara sebelum pertandingan yang seterusnya. Oleh itu, kena terus berusaha agar pasukan BN akan terus menang di gelanggang-gelanggang yang lain juga selepas ini.

Hari ini, di Perak ... kita ada seorang pengurus yang bagus...Datuk Seri Najib, Zahid sebagai jurulatihnya.

Kita ada ADUN-ADUN BN yang cukup setia yang bertindak sebagai pemain serta pemain-pemain simpanan seperti ADUN Behrang, ADUN Changkat Jering dan ADUN Jelapang yang kita harap akan meneruskan khidmat baktinya dan setia bersama kita.

Yang pasti, penonton-penonton kita dalah penduduk Perak, yang akan terus menyaksikan permainan kita dalam pentadbiran dan pembangunan di Perak.

Ini sebagai permulaan. Kita perlukan seorang lagi Pengurus di Selangor untuk memperbaiki pasukan kita di Selangor. Insya-Allah, pasukan yang baik mampu memberikan kemenangan di Selangor selepas ini.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment