Karpal Takut Sahut Cabaran Pemuda Ulangi Kenyataan Di Luar Parlimen

"Kita sudah cukup bersabar dan kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan sikap biadap Karpal Singh yang terus celupar mengeluarkan kata-kata mengguris perasaan kita.

"Hari ini kita mahu dia (Karpal) ulangi kenyataannya semalam di dalam Parlimen dan meminta maaf namun dia takut untuk melakukannya di luar Parlimen", kata Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal.

Beliau yang menjadi jurucakap kepada sekumpulan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor seterusnya berkata tindakan pihaknya menunggu ahli parlimen Bukit Gelugor di luar Dewan Rakyat adalah untuk mendapatkan penjelasan tentang kecaman yang dilakukan Karpal di Parlimen semalam.

"Kita mahu penjelasan beliau. Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik imuniti di Dewan Rakyat, kita mahu beliau ulangi kenyataan itu di luar Parlimen.

"Parlimen sepatunya dihormati dijaga darjat dan kemuliaannya bukan tempat untuk mengeluarkan kata-kata kesat yang mengguris perasaan orang lain. Cukup-cukuplah, membuat penghinaan. Kalau dulu dia hina raja sekarang dia kata Pemuda UMNO celaka", ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu sekumpulan Ketua Pemuda UMNO bahagian yang melihat kehadiran Karpal Singh di pintu masuk lobi menara bangunan parlimen telah meminta ahli parlimen Bukit Gelugor itu mengakui dan mengulangi kecaman serta tuduhannya kepada Pemuda UMNO di dalam Dewan Rakyat semalam.

Seterusnya kumpulan tersebut turut menuntut agar Karpal memohon maaf atas kebiadapan beliau. Namun Karpal bukan sahaja tidak memohon maaf tetapi turut tidak melayan desakan kumpulan terbabit yang mahu beliau mengeluarkan semula kenyataan semalam di luar Parlimen.

Sedikit kekecohan mula berlaku apabila beberapa ahli parlimen pembangkang daripada Bukit Bintang, Bagan Serai dan Segambut masuk campur termasuk cabar mencabar.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera di bawa masuk ke menara tersebut.

Namun, keadaan kembali panas apabila anak Karpal, Gobind Singh Deo turun dari Parlimen dan mencabar Pemuda UMNO Selangor berdepan dengannya.

Keadaan cabar mencabar berterusan sehingga dileraikan pihak berkuasa.

Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing dan Ketua Pentadbiran Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria serta Sekreteriat BNBBC, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.

Ungku Salleh seterusnya berkata pihaknya tidak sedikit pun menyentuh Karpal sebaliknya hanya menuntut penjelasan berkenaan keceluparannya semalam.

Jelasnya jika kebiadapan Karpal ini berterusan dan tindakan segera tidak dilakukan, beliau khuatir ianya akan menjejaskan keharmonian negara.

"Pelbagai provokasi telah dilemparkan dan kesabaran kita ada hadnya", tegas beliau.

Sumber:
www.pemuda.com.my


Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment