YAHUDInya Pemimpin Pakatan Rakyat nie

Biasalah, pagi-pagi lagi aku akan mengadap semua akhbar, nak tahu perkembangan semasa selain memang dah rutin tugasku untuk menyiapkan laporan akhbar nie kepada bos aku. Hehehe.

Hari nie aku makin kelakar dengan karenah sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat di Perak, selain beberapa isu sampingan yang turut membabitkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat nie.

Sebelum aku meneruskan tulisan ni, aku ingin merantau ke bumi Gaza melihat penindasan, penyiksaan, penafian dan pembunuhan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi Israel.

Kejamnya mereka, kejamnya Yahudi ini….

Tapi apa bezanya dengan penindasan, penyiksaan, penafian dan `pembunuhan karier’ yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya di Perak ini.

Adakah apa yang dilakukan mereka hari ini tidak banyak bezanya dengan apa yang Yahudi Israel lakukan terhadap penduduk Palestin.

Lihat sahaja dengan kenyataan MB Perak hari ini, bahawa Kerajaan Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu sebagai ADUN Behrang dan Changkat Jering.

DS Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, dengan itu kedua-duanya dilucutkan daripada jawatan Exco dan tidak perlu hadir mesyuarat yang akan datang. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan ADUN Pakatan Rakyat di kediamannya lewat malam ini, beliau memberitahu kerajaan negeri tetap berpegang dengan pendirian bahawa Jamaluddin dan Mohd. Osman sudah meletak jawatan. Mesyuarat exco kerajaan negeri akan datang mereka tidak perlu datang. Malah sidang DUN juga mereka tidak perlu hadir sebab mereka sudah letak jawatan.

Apa semua ini, Adakah ini bukan satu bentuk penafian hak kedua-dua ADUN berkenaan, sedangkan mereka tidak pernah pun menghantar surat meletak jawatan ADUN kepada Speaker DUN Perak. Adakah ini bukan satu bentuk pembunuhan karier yang dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap dua ADUN ini.

Tidak cukup dengan itu, jika Yahudi ganas dan macam gangster, apa bezanya dengan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang secara jelas mendakwa SPR melangkaui kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi DUN itu ekoran peletakan jawatan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu.

Didorong oleh rasa tidak puas hati keputusan SPR itu, Koo Ham turut memberi tempoh 48 jam kepada SPR untuk mengkaji semula keputusannya menolak pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering. Kegagalan SPR berbuat demikian, akan menyebabkan DAP memandang badan pengendali pilihan raya itu sebagai berat sebelah dan semua pegawai terlibat patut meletak jawatan.

Adakah ini bukan satu bentuk ugutan? Lupakah dia bahawa Pengerusi SPR itu dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.... Adakah Koo Ham terlupa kenyataan tersebut. Ini bermakna Koo Ham mempertikai keputusan Yang Di Pertuan Agong.

Aku malas nak ulas panjang, tapi Koo Ham sepatutnya menerima hakikat bahawa selagi kedua-dua ADUN tersebut tidak menyatakan hasrat secara bertulis dan dengan rela hati untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN, ini bermakna mereka tetap kekal sebagai ADUN walaupun sekadar ADUN Bebas, selain hilang jawatan EXCO seperti yang dinyatakan pelucutan jawatan mereka sebagai EXCO oleh MB Perak. Sabarlah Koo Ham.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

8 Komen

  1. Minta maaf jika tersalah. Pertama, undang-undang mesti didahulukan. Surat perletakan jawatan telah disahkan oleh speaker. SPR tidak wajar mempertikaikan kuasa speaker dengan menyelidik surat tersebut. Soal surat itu ditandatangani secara paksa atau tidak, ianya dibawah kuasa mahkamah. Jadi, menjadi tugas SPR mengadakan piliuhanraya semula dan bekas Adun terbabit berhak mengemukakan bantahan di mahkamah. Jika wujud paksaan, speaker boleh dihukum. Semudah itu.

    Kedua, meskipun pengerusi SPR dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, ianya merupakan nasihat daripada perdana menteri. Jika Agong tidak berkenan terhadap pilihan PM pun, dalam masa 60 hari pun, ianya tetap terlantik secara automatik.

    Sekian Terima Kasih.

  2. Anonymous
    10:07 AM

    Selamat pagi Sheva....
    Anda terlupa!! SPR juga ada surat2 dari kedua dua ADUN berkenaan yang menafikan yang mereka telah meletak jawatan...
    Kalau anda berada di tempat SPR apa yang anda akan lakukan?

  3. Selamat.

    Walaupun begitu, ia tidak mempunyai kuasa untuk menilai kesahihan surat tersebut. Saya ingin bagi satu contoh, DUN Sanglang. SPR jelas telah melakukan kesilapan dengan mengumumkan ADUN yang salah dan bukan tugas dan tanggungjawab SPR membetulkannya walaupun ia mengakui kesilapannya itu. Ianya di bawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskannya. SPR hanya menjalankan tugas sebagai pengurus perjalanan pilihanraya.

    Saya bersetuju kata2 bekas pengerusi EC yang lepas. Pilihanraya wajib dilakukan selepas Speaker mengumumkan pengosongan dan surat2 itu menjadi perkara lain yang harus dicabar dimahkamah.

    p/s blog anda paling kerap saya lawati.

  4. Anonymous
    12:02 PM

    Sheva, apakah sedang SPR mempunyai surat penafian dan sedang hidup lagi dua manusia teraniaya itu, semua orang termasuk SPR mesti buat-buat tak tahu sebab Speaker kata dia dah letak jawatan? Sedangkan semua orang tahu, dan Speaker sendiri tahu bahawa surat itu adalah tidak dengan izin pemiliknya telah dihantar untuk tujuan menganiayai mereka, mestuikah semua orang termasuk SPR menjadi sebahgian dari konspirasi PKR hanya semata-mata kerana ianya untuk kepentingan politik PKR?

    Setakat ini tiada siapa menafikan bahawa penafian kedua-dua ADUN tersebut tidak benar dan bahawa surat tersebut dihantar atas keizinan dan persetujuan mereka. Maka dengan itu, bermakna, semua pihak, termasuk Speaker sendiri tahu dan sedar bahawa dia sedang menganiayai 2 orang ADUN tersebut dan sekarang pimpinan DAP,PKR & PAS Perak, dengan bongkak inginkan SPR juga mengikut konspirasi tersebut? Dimana KeAdilan? Dimana hak asasi kedua ADUN tersebut? Inikah perjuangan rakyat? Inikah perjuangan Islam? Bukan!

  5. This comment has been removed by the author.
  6. Anonymous
    12:29 PM

    apa yang menjadi masalahnya bila DAP PAS dan PKR angkuh dengan kuasa, menunjukan bahawa mereka sahaja yang betul walaupun mereka salah, kalau mereka kata benar, mereka PR boleh lawan dalam mahkamah, samaada PR atau SPR yang bawa isu ini tak timbul, tapi jangan kita buat keputusan didalam sesuatu yang tidak jelas.

  7. Anonymous
    3:14 PM

    Pada pandangan saya SPR ADA kuasa untuk membuat selidik samada perletakan jawatan oleh ke dua2 ADUN itu adalah sebenar-benarnya perletakan ataupun tidak.

    Sama juga SPR ada kuasa utk menerima perletakan jawatan kuasa tersebut sekiranya ia berpuashati kedua2 ADUN itu sememangnya meletakkan jawatan.

    Hujah yg mengatakan SPR mesti mempercayai kata Speaker DAP itu walaupun jelas kedua2 ADUN tersebut mengaku tidak meletakkan jawatan sebagai ADUN adalah satu hujah yang sememangnya tidak menunjukkan keadilan dan terdorong oleh maksud politik pihak tertentu.

  8. Apa khabar semua? Sorilah…hari nie internet kat tempat saya teruk sangat, mungkin meratapi apa yang berlaku kat Perak kot.

    Tq Sheva kerana selalu berkunjung ke blog saya. Namun saya berpendirian, SPR tetap ada hak untuk mempertahankan keputusan mereka.

    Benar Sheva, undang-undang mesti didahulukan. Tapi dalam hal ini, apakah benar surat perletakan yang dikatakan Siva tu betul. Sedangkan kedua-dua ADUN berkenaan menafikan mereka menghantar surat tersebut.

    Sehubungan dengan itu, kita berbalik pada undang-undang. Kedua-dua ADUN dah buat laporan polis, biar pihak polis siasat dulu kesahihan surat tersebut.

    Itu sekadar pandangan saya yang cetek nie. Tq sekali lagi Sheva, jangan boring berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa nie.

Post a Comment