Zambry Abdul Kadir - Tahniah & Selamat Berkhidmat

Tahniah Dr Zambry. Semoga dengan perlantikan sebagai MB Perak, akan memberikan keyakinan dan semangat yang kuat untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Perak.

Jangan sisihkan mereka yang membangkang, yang tidak bersetuju dengan kita selama in, hingga menyebabkan kita hilang beberapa negeri termasuk Perak.

Kini, kuasa dan mandate diberikan semula kepada kita di Perak. Tahniah tapi inilah masa yang paling sesuai untuk kita memperbaiki kesilapan kita pada masa lalu.

Agihkanlah kuasa yang adil kepada semua, jangan abaikan Adun-Adun Bebas yang telah memberikan kita kepercayaan untuk mentadbir Perak, jangan abaikan Adun kita yang terus setia bersama kita, berikan peranan kepada Adun kita yang berani berubah-ubah, dan akhirnya jangan abaikan Adun-Adun Pembangkang (PR) sebab mereka juga sebahagian dan mempunyai peranan dalam pembangunan di Perak.

Insya-Allah….Jika kita Bersatu dan Bersetia, BN akan kembali kuat. Kita juga harus Berkhidmat agar rakyat merasai kehadiran kita dalam kehidupan mereka.

Banyak lagi rakyat kita yang susah, carilah mereka, bantulah mereka, berikanlah mereka kemudahan yang terbaik. Semoga berjaya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    ramai orang tak cerdik dan buta...siapa mulakan lompat parti dan tergila-gila mahukan kerajaan lompat?

    bila jadi kat Pakatan, kenapa tak dikatakan adil????

    Nik Aziz pun mengharamkan lompat parti sedangkan 3 bulan lepas dia sokong dan halal pasal lompat parti.

    sembahyang hajat untuk memperbodohkan Allah????
    suruh anwar sumpah...lepas solat hajat...

Post a Comment