Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengalu-alukan dan amat gembira dengan penubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Se-Malaysia (GAGASAN) yang diumumkan pada hari ini.
Presiden GPMS, Dato’ Reezal Merican Naina Merican berkata, dalam suasana yang kian mencabar, kewujudan sebuah lagi entiti yang memperjuangkan soal pendidikan adalah sesuatu yang wajar disambut baik. Perjuangan mempertingkat tahap akademik, sahsiah dan kepimpinan di kalangan pelajar Melayu tidak boleh dilakukan secara sendirian dan ianya memerlukan kerjasama yang mantap di kalangan NGO Melayu sedia ada.
GPMS sebenar-benarnya menganggap kehadiran GAGASAN sebagai 'abang' kepada GPMS - berdasarkan kehadiran ramai aktivis dan pejuang GPMS di dalam GAGASAN. Bagi menyesuaikan suasana dengan pelaksanaan Akta Belia; kalangan aktivis dan pejuang pendidikan yang bergiat lama dalam GPMS dapat meneruskan cita perjuangan di bawah platform GAGASAN.
GPMS - bersedia pada bila-bila masa untuk duduk berbincang dengan GAGASAN dalam mencari kaedah untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita murni mempertingkat tahap pendidikan di kalangan anak Melayu. Keperluan bergerak secara kolektif dan sepadu ini adalah berasaskan suasana pendidikan itu sendiri - yang memerlukan dokongan NGO di segenap peringkat.
GPMS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penubuhan GAGASAN. Ucapan tahniah juga wajar ditujukan kepada seluruh Jawatankuasa Penaja GAGASAN yang dibentuk - dan GPMS cukup yakin mereka mempunyai karisma tinggi untuk melaksanakan agenda besar mempertingkat tahap pendidikan di kalangan pelajar Melayu.

12:42 PM
Hairan juga macam mana yang lahir lebih dahulu, menganggap yang lahir kemudian sebagai "abang"?
Juga ramai ahli GPMS juga ahli kepada GAGASAN, adakah sesuatu yang tak kena dengan platform GPMS?
Kalau alasannya kerana GAGASAN merangkumi Sabah dan Sarawak sedangkan GPMS hanya Semenanjung, agak tidak meyakinkan.