PAS Ketandusan Pemimpin Tempatan: KJ

Pemuda Barisan Nasional (BN) menyifatkan Pas ketandusan pemimpin sehingga terpaksa meletakkan Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calonnya di Bukit Gantang.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata tindakan Pas dilihat untuk mengambil kesempatan meraih undi simpati terhadap sensitiviti yang berlaku di negeri itu.

Namun beliau percaya calon yang ditampilkan BN lebih meyakinkan pengundi kerana Ismail Saffian merupakan anak tempatan yang lebih memahami kehendak pengundi khususnya penduduk setempat.

"Pas nampaknya benar-benar ketandusan pemimpin. Mereka cuba tagih simpati tetapi kita yakin dengan calon kita yang setakat ini diterima baik semua peringkat", katanya kepada laman webPemuda di Pusat Penamaan Calon Parlimen Bukit Gantang di Majlis Perbandaran Taiping di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah, UMNO dan BN jarang melakukan perkara sedemikian rupa.

Hal itu katanya adalah disebabkan BN mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk ditengahkan dalam mana-mana pilihan raya.

Sambil mengakui persaingan di Bukit Gantang sengit namun beliau optimis peluang BN untuk merampas semula kerusi Bukit Gantang cerah.

"Kita ada strategi untuk berdepan mereka (pembangkang). Tempoh berkempen akan kita gunakan sehabis mungin untuk mendekati pengundi termasuk mendedahkan kepincangan serta kegagalan pembangkang membela nasib rakyat ketika memerintah negeri ini hampir setahun lalu", ujarnya.

Sumber: www.pemuda.com.my
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment