TAHNIAH NORNIE FATMA (EX GPMS ITM SHAH ALAM)


Kapten Diana Hamdan, 27, (tengah) dari Rejimen Pertama Artileri Diraja dan Kapten Siti Nurfarhana Mohd Aminuddin, 26, (kanan) dari Kor Polis Tentera Diraja merupakan anggota tentera darat wanita pertama yang ditauliah sayap penerbangan Military Wing Standard. Kapten Nornie Fathma Ab. Rahman (kiri) pula menjadi Adjutan Perbarisan wanita pertama. – UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

Dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada Kapten Nornie Fatma Abd Rahman, bekas AJK GPMS Cawangan Khas ITM Shah Alam, yang meneruskan perjuangannya sebagai anak Melayu yang gagah berani, selepas muncul wanita pertama dalam Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia yang diberi tugas sebagai ajutan perbarisan, iaitu mengelola dan memastikan ratusan anggota serta pegawai yang terlibat dalam satu-satu perbarisan berada di satu tempat yang sepatutnya sebelum diserahkan kepada penolong ketua perbarisan. (Sila Rujuk Utusan Malaysia hari ini, 2 Mac 2009)

Sebagai ahli GPMS yang selama ini cukup segar dengan semangat perjuangannya, cukup kuat semangat Islam dan Melayunya, saya ingin merakamkan rasa bangga di atas kejayaan yang dicapai oleh Kapten Nornie.

Semoga beliau akan terus mendapat kecemerlangan dalam kerjaya di ATM, semoga beliau akan terus gagah mempertahankan agama, bangsa dan Negara.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Syabas kepada graduanita UiTM ini. UiTM yang dulunya ITM tidak pernah gagal melahirkan manusia-manusia cemerlang dan berdayatahan.....

    Melayu Boleh!!!!

  2. Bukan sahaja UiTM, malah Nornie ini juga merupakan seorang penggerak kepada gerakan GPMS Cawangan Khas ITM Shah Alam.

    Diharapkan, selepas ini lebih ramai ahli GPMS yang dilahirkan seperti Nornie.

    Kami tumpang gembira.

Post a Comment