200 Belia India Nyatakan Sokongan Kepada BN

Kira-kira 200 belia India menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekaligus menawarkan diri menjadi jentera membantu Pemuda BN berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Kumpulan terbabit yang juga merupakan pengundi di kawasan tersebut berbuat demikian kerana percaya hanya BN yang mampu membela masyarakat di kawasan itu khususnya kaum India.

Mereka menyatakan demikian ketika bertemu Pengarah Jentera Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim di Bilik Gerakan Pemuda BN di Sungai Lalang di sini, hari ini.

Menurut Razali apa yang menarik kumpulan terbabit tidak menjadi mana-mana ahli parti baik dari komponen BN mahupun pembangkang.

"Ini merupakan satu lagi suntikan semangat buat kita di Bukit Selambau. Golongan pengundi muda ini sudah dapat melihat hanya BN yang mampu membela masyarakat di negara ini.

"Mereka ternyata tidak mahu membiarkan diri mereka khususnya kaum India hanya menjadi alat parti-parti tertentu untuk mendapatkan undi semata-mata", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah kumpulan terbabit akan diberikan peranan bersama jentera Pemuda BN dalam siri kempen yang akan dijalankan nanti.

"Kita yakin lebih ramai lagi golongan atas pagar sebegini akan memberi sokongan kepada kita. Kita mahu terjemahkan sokongan ini menerusi peti undi khususnya saluran tiga dan empat", ujarnya.

Mengenai pelbagai isu atau dakwaan yang dilemparkan pembangkang terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap BN, beliau berkata tidak sepatutnya semua isu dihumbankan kepada pengundi.

"Ini memang kerja Anwar yang cukup pandai memanipulasi isu bagi mengelirukan orang ramai. Kita cabar Anwar kerana kita percaya pada akhirnya nanti bila dibentangkan di atas meja tidak ada satu pun bukti yang mampu beliau kemukakan terhadap semua isu yang dilemparkan", katanya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    3:54 PM

    Sebab ni kot diorg sokong...

    http://www.youtube.com/watch?v=C1POW2-_G4M

    http://www.malaysiakini.com/news/101495

  2. alhamdulillah...

    walau apa pun sebabnya, suara dan sumbangan yang mereka nak beri haruslah dihargai.

Post a Comment