Anwar Tipu Rakyat Lagi!!!

"Anwar tipu rakyat lagi", demikian menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam ketika mengulas perletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Penanti.

Jelas beliau jika diteliti kepada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira seminggu yang lalu, Anwar dengan tegas menyatakan kerusi DUN Penanti yang berada di dalam Parlimen Permatang Pauh tidak akan dikosongkan sehingga pilihan raya umum ke-13.

Pembohongan ini kata beliau lagi menunjukkan Anwar bukan sahaja tidak ikhlas dan jujur kepada rakyat khususnya pengundi di Penanti malah membuktikan PKR kini sedang bergelut dalam kemelut dalaman yang besar.

"Anwar menipu kerana cuba menutup kepincangan yang sedang melanda parti tersebut terutama soal intergriti dan akauntabiliti pemimpinnya.

"Ini juga bukan pembohongan pertama dilakukan Anwar. Rakyat terutama penduduk di Penanti tidak seharusnya membiarkan diri mereka terus ditipu dengan pelbagai muslihat politik sempit Anwar semata-mata untuk menjayakan matlamat peribadinya", katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas perkembangan terkini perletakan jawatan ADUN Penanti, Mohammad Fairus Kharuddin.

Kemelut pengisian jawatan TKM 1 telah lama dibincangkan sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng turut melahirkan rasa kurang senang.

Malah Anwar sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang harus segera diisi dan tidak perlu dilengahkan.
Lokman yang sebelum ini merupakan salah seorang pemimpin PKR turut menempelak Anwar yang disifatkan sebagai manusia yang cukup licik dalam usaha mencapai cita-cita politiknya.

"Secara peribadi saya melihat Pilihan raya DUN Penanti itu hanyalah strategi Anwar untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa semenjak pilihanraya umum ke-12 yang lalu, pembangkang secara konsisten mendapat sokongan rakyat melalui beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan.

"Sekaligus akan memudahkan kerja Anwar untuk meraih dana daripada tokoh-tokoh korporat dan kewangan asing terutama daripada Amerika dan Yahudi", ujarnya.

Sumber: www.pemuda.com.my
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. KALAU TAK MENIPU BUKAN AL JUBURI WAL LIWATI LA NAMANYA!

    HE HE HE

  2. Kepada pencacai2 UMNO,
    Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

    4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

    JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

    Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

    So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

  3. Nalapampu... kau nie pun sama pencacai PKR/PR... Kita nie sama sahaja pencacailah bodoh.

    Sekurang-kurangnya, kalau aku pencacai sekalipun, aku tak jadi pencacai bodoh mcam kau yang sokong si peliwat tu.

    Bebal betullah kau nie.

Post a Comment