BERI PELUANG DATO’ NAJIB PERBAIKI KESILAPAN: KHIR TOYO




Pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil perlu memberikan mandat kepada kerajaan BN di bawah kepiminan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat pembaharuan yang telah digariskan.

DS Dr Mohamad Khir Toyo berkata, seluruh rakyat perlu melihat polisi baru yang bakal dibawa oleh Ahli Parlimen Pekan itu dalam membawa pembahuruan menyeluruh kepada rakyat di negara ini.

Menurutnya, kerajaan BN mengakui telah banyak melakukan kesilapan sebelum ini sehingga rakyat terutamanya generasi muda menghukum BN pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

BN menyedari kesilapan itu dan isu-isu yang menjadi faktor kemarahan rakyat seperti isu kenaikan tol, minyak dan harga barang kini semakin baik.

“Ini menunjukkan BN dah sedar bahawa dulu kita buat silap dan hari ini kita betah balik, jadi takan rakyat tidak dapat maafkan BN. Kesungguhan Najib untuk membuat pembaharuan perlu disertai dengan sokongan penuh rakyat,” katanya pada majlis perjumpaan beliau bersama Pemuda UMNO Matang Road, di sini, semalam.

Tiga pilihan raya kecil diadakan serentak di Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak pada Selasa ini.

Dalam pada itu, Mohamad Khir berharap Najib memikirkan cara terbaik untuk merapatkan jurang pendapatan yang cukup ketara diantara rakyat luar bandar dan bandar.

Beliau juga menyeru barisan Kabinet baru yang akan dilantik memahami dan melaksanakan segala pembaharuan terbabit secepat mungkin.

“Pegawai kerajaan hari ini juga perlu berusaha lebih kuat dalam menguruskan tentang kaedah pelaksanaan projek dan polisi bagi mengiringi pembaruan yang akan dibawa oleh Najib,” katanya.

Mohamad Khir berharap rakyat tidak terus tertipu dengan sandiwara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdesak memfitnah UMNO dan BN sehingga sanggup menggadaikan maruah bangasa Melayu semata-mata untuk merealisasikan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri.

“Anwar sanggup berbohong, memutarbelitkan cerita, memfitnah dan berkerjasama dengan George Soros, Yahudi, Amerika Syarikat (AS) hanya untuk jadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menyeru agar rakyat menilai dengan lebih jelas perjuangan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak sehaluan di antara parti PKR, DAP dan Pas, tidak seperti BN yang terbukti mewakili keseluruhan rakyat sejak Merdeka lagi.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. PETUGAS PAS TELAH DITEMPATKAN DI SURAU-SURAU DAN MASJID. DI SEKITAR KAWASAN PILIHANRAYA, MEREKA PASANG KHEMAH DAN MEMASAK DI SITU.
    KAWASAN SURAU DAN MASJID JUGA MENJADI KOTOR..PENUH DENGAN SAMPAH DAN BAHAN BUANGAN. AIR MASJID DIJADI TEMPAT MANDI DAN MENCUCI PAKAIAN. PASANG LAMPU 24 JAM DAN KIPAS 24 JAM.
    ADA SETENGAH KAWASAN MEREKA MENGHALANG ORANG LAIN MASUK UNTUK BERSOLAT JIKA TIDAK MEMAKAI KOPIAH PUTIH,,
    DAJAI SUNGGUH PUAK-PUAK NI (pinjam istilah Pas, dengan izin)

Post a Comment