GPMS ingin menyatakan keyakinan penuh dengan pemilihan kabinet baru yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri. Dengan gabungan wajah lama dan baru di dalam kabinet, GPMS merasakan ianya benar-benar reflektif dengan cita-cita besar dan hasrat murni yang dinyatakan oleh Dato' Sri Najib sebelum ini.
Dalam masa yang sama, GPMS ingin mengalu-alukan pelantikan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang baru. GPMS cukup percaya bahawa segala perhatian, fokus dan harapan akan tertumpu kepada YAB Tan Sri Muhyiddin dalam menyelesaikan beberapa isu dasar yang berkait dengan bidang pendidikan.
Dengan pengalaman yang lama dan panjang di dalam pentadbiran kerajaan, GPMS yakin YAB Tan Sri Muhyiddin akan mampu menggalas cabaran dan amanah besar ini. GPMS memberi komitmen penuh, untuk terus menjadi 'rakan strategik' kepada Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan segala macam usaha pemerkasaan pendidikan di peringkat akar umbi.
Sebagai sebuah NGO berasaskan pendidikan - GPMS bersedia membantu usaha Kementerian Pelajaran melunaskan segala petunjuk prestasi yang bakal digariskan.
GPMS juga mengharapkan agar beberapa isu 'prioriti dan utama' di dalam bidang pendidikan dapat diperhalusi seberapa segera. Ini sekaligus mampu menghilangkan keresahan rakyat - yang masih ternanti-nanti dengan 'jalan ke hadapan' (way forward) kepada isu yang sangat sensitif dan memerlukan keputusan yang ber'jiwa besar'.
Sementara itu, GPMS juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama baik yang diberikan oleh YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein kepada GPMS selama memimpin Kementerian Pelajaran. Sesuai dengan tuntutan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP); GPMS telah berusaha sehabis baik - melalui pelaksanaan pelbagai program seperti Jelajah Motivasi, Program Cakna Bistari dan pembabitan dalam Sidang Meja Bulat PPSMI sebelum ini. Ruang yang diberikan oleh YB Dato' Sri Hishammuddin amat dihargai.
GPMS mengharapkan seluruh generasi muda dapat memberikan ruang kepada barisan kabinet baru ini melaksanakan tugas dan amanah dengan baik dan berkesan. 'Ruang penilaian prestasi' mestilah diberikan secara adil dan tidak berlandaskan 'kayu ukur politik' semata.

0 Komen
Post a Comment