KERAJAAN 3 N HANCURKAN PERAK – Mana Hadi, Sabu, Mahfuz dan Niz Aziz di Bukit Gantang?

Setelah beberapa hari, baru aku perasan bahawa perosak kerajaan Perak selama ini ialah kerajaan 3N – Nizar, Ngeh dan Nga.

Ia diakui sendiri oleh ADUN Chankat Jering, YB Kapten (B) Osman Jailu dalam siri pendedahannya dalam siri kempen di Bilik Gerakan Wanita BN, di Simpang.

Nizar hakikatnya bukanlah tonggak kerajaan negeri, sebaliknya ditunggang sebagai kuda Nga dan Ngeh bagi mengadaikan maruah dan Tanah Melayu kepada mereka.

Aku terfikir… benarkan dakwaan bahawa Nizar selama ini hanya kuda tunggangan, sedangkan beliau sendiri telah dipilih sebagai calon Pas dalam PRK Bukit Gantang, esok.

Benarkah PAS menyokong penuh pencalonan Nizar sebagai wakil mereka di Bukit Gantang… Yang pastinya, tidak sampai 8 jam lagi, pengundi dan penduduk di Bukit Gantang akan memilih wakil mereka, namun kelibat orang-orang kuat PAS tidak kelihatan bagi berceramah untuk menyokong calon mereka untuk menang, esok.

Benarkah Nizar calon pilihan…. ?

Mana Hadi, mana Nik Aziz, mana Mat Sabu dan mana Mahfuz yang biasanya akan turun padang untuk sama-sama membantu calon, untuk sama-sama memaki BN sebagaimana yang mereka lakukan selama ini ?

Di manakah orang-orang kuat PAS ini, kerana apa yang aku perhatikan, ceramah-ceramah Pakatan Rakyat hanya menjadi pentas DAP, mungkinkah Nizar calon DAP yang bertanding bagi tiket PAS di Bukit Gantang.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment