Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melarang penubuhan Barung atau Pondok Panas bagi pilihanraya DUN Penanti perlu dianggap sebagai medan ujian bagi memastikan pelaksanaan pilihanraya yang lebih aman dan bersih daripada sebarang kemungkinan kekacauan semasa hari pengundian.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato' Reezal Merican Naina Merican berkata, mungkin kewujudan barung atau pondok panas menyebabkan kesesakan luar biasa di pusat mengundi; dan ini mampu mendatangkan suasana tegang dan 'tense' yang kadangkala menakutkan pengundi.
Tindakan SPR ini bolehlah disifatkan sebagai usaha penyesuaian dan penambahbaikan proses pilihanraya yang sedia ada. Sebagai jentera parti, kita perlu melihat perubahan ini sebagai sesuatu yang positif dan bukannya penghalang kepada kejayaan kita mendekati pengundi.
Hakikatnya, hasrat dan cita-cita parti, mestilah disampaikan terlebih awal - dan tidak bergantung kepada 'ruang masa sempit' di pondok panas.
Menganggap tindakan pembangkang menidakkan usaha ini, khususnya memberikan argument dan alasan Seksyen 24B (2) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagai tidak yakin dengan kemampuan parti tersebut. Yang pasti, pondok panas bukanlah suatu medan yang legitimate dalam menentukan status pengundi.

Ruang paling legitimate adalah barung SPR; dan ianya senantiasa dipantau oleh wakil parti politik. Ketelusan masih terjaga dengan elok - dan kita masih mampu meneliti senarai pengundi secara menyeluruh.
Menganggap tindakan ini baik dan pilihanraya DUN Penanti wajar dijadikan 'pilot' kepada keberkesanan kaedah ini. Pemuda UMNO sendiri akan memberikan maklum balas kepada SPR dengan keberkesanan pelaksanaan ini. Sesuatu yang elok dan memberikan kelebihan dan ketenangan kepada pengundi mestilah diterima dengan hati terbuka.

0 Komen
Post a Comment