Beliau sudah tidak lagi memegang jawatan Ketua Wanita UMNO ataupun Pengerusi Wanita BN...Namun semangatnya tetap kuat, setia bersama barisan.Kekalahannya dalam mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO bukanlah penghalang untuk beliau meneruskan perjuangannya bersamaUMNO mahupun BN. Buktinya, semalam beliau turun berkempen di Bukit Gantang...siapa tak kenal Rafidah Aziz.... orangnya bersemangat waja dan kesetiaannya yang tidak berbelah bagi, merupakan satu aset terpenting BN untuk merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang dari PAS.
Semalam, beliaun turun padang membantu jentera pilihan raya kecil pergerakan itu di kawasan Parlimen Bukit Gantang dengan menyertai anggota Wanita Barisan Nasional berkempen dari rumah ke rumah untuk mendapatkan sokongan bagi calon BN, Ismail Saffian.
"Pergerakan Wanita dari awal memberi komitmen penuh, kebetulannya (walaupun) saya tidak lagi jadi pengarah (jentera pilihan raya Wanita BN) secara langsung, tapi saya datang nak lihat arahan kerja sudah dibuat...Alhamdulillah amanah saya diteruskan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Induk Wanita UMNO .
Rafidah berkata pengurusan jentera pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diteruskan oleh Ketua Wanita UMNO yang baru Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku pengarah.
"Pesanan saya, jika mereka teruskan kerja yang telah dirancang, tidak akan timbul masalah dan kempen berjalan lancar. Tanpa Wanita meraih undi dari rumah ke rumah, kita tidak akan dapat menjangkau pengundi di peringkat akar umbi. Harapan saya, petugas jentera pilihan raya Wanita BN yang baru ini (di bawah Shahrizat) cepat mengambil alih kerja dan mengagihkan urusan kerana kita tidak ada masa untuk nak belajar dan memahami kerja yang patut dibuat," katanya.

0 Komen
Post a Comment