Siasatan Lembaga Disiplin tidak harus ganggu jentera pilihan raya: Razali Ibrahim

Pergerakan Pemuda UMNO tidak mahu siasatan Lembaga Disiplin terhadap beberapa pemimpin yang didakwa terbabit dengan politik wang menjelang pemilihan minggu lalu mengganggu tugas jentera BN di tiga pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim, berkata urusan dalaman UMNO itu tidak seharusnya menjadi topik perbincangan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan kerana ia tidak langsung membawa keuntungan kepada BN.

"Saya harap pucuk pimpinan pun tak perlulah panjangkan-panjangkankan dan kalau ada laporan, buatlah siasatan. Kita tak mahu itu menjadi topik perbincangan kerana kita ada urusan lebih besar untuk memastikan BN menang di ketiga-tiga pilihan raya kecil yang sedang berlangsung," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Sungai Petani.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, bahawa beberapa pemimpin parti disiasat kerana didakwa terbabit dalam politik wang menjelang pemilihan parti minggu lalu.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment