Pas Baham Hutan Simpan 440 Hektar Bagi Kroni

Pemuda UMNO Kelantan meminta pihak berkuasa menyiasat segera pemberian tanah oleh kerajaan Pas negeri itu di Gunung Stong kepada salah sebuah syarikat yang dipercayai anak kepada salah seorang bekas pemimpin Pas.

Ketua Pemudanya, Annuar Safian berkata pemberian terbabit yang diluluskan oleh kerajaan negeri itu bukan sahaja bersifat kronisme malah ianya dilihat bertentangan dengan undang-undang.

Ini kerana katanya kawasan terbabit merupakan kawasan hutam simpan yang menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menjadi tarikan pengunjung serta pelancong daripada dalam mahu pun luar negara.

"Kita difahamkan jumlah yang diluluskan itu cukup besar yang mana melibatkan 440 hektar. Ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Bagaimanakan kelulusan ini dibuat sedangkan ianya jelas bertentangan dengan undang-undang.

"Selain itu, ianya juga bertentangan dengan prinsip parti berkenaan yang menentang sebarang unsur kronisme. Adakah ini tidak dianggap kronisme", soalnya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda di sini, hari ini sebagai mengulas penganugerahan tanah oleh kerajaan negeri kepada Syarikat Maxson Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ruzaini Razak.

Kelulusan itu didakwa dibuat oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Annuar seterusnya menjelaskan, banyak lagi perkara seumpama itu berlaku di negeri berkenaan dan akan meneliti satu persatu sebelum mendedahkan kepada umum selain meminta tindakan daripada pihak berkuasa.

"Inilah yang menghairankan kita. Jika perkara ini berlaku di negeri yang diperintah oleh BN, akan ada pelbagai laporan dan sebagainya. Namun apabila terkena batang hidung mereka, senyap pula jadinya.

"Inilah sikap hipokrit pemimpin pembangkang yang akan kita londehkan untuk dinilai oleh rakyat. Kata parti yang berteraskan Islam dan sebagainya, namun dalam pelaksanaan tidak pula mengikut apa yang dikatakan", katanya.

Sumber: WebPemuda
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment