Pengerusi Unit Pidato dan Penghujahan Umum, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata pergerakan itu memerlukan lebih ramai pemimpin yang boleh berhujah dan bercakap dengan berkesan dalam usaha menerangkan dasar-dasar kerajaan serta mematahkan hujah pembangkang.
Jelas beliau dalam senario politik terkini Pemuda perlu menampilkan pemimpin yang bukan sahaja berkebolehan memimpin tetapi berhujah dalam pelbagai isu.
Katanya kekurangan yang ada pada UMNO khususnya Pemuda sekarang bukanlah berkaitan fakta tetapi kepetahan untuk menggunakan fakta tersebut dalam menyampaikan penerangan kepada rakyat.
"Kalau kita lihat pembangkang, mereka kurang fakta tapi cukup petah dan bijak memutarbelitkan isu. Kelebihan inilah yang membuatkan ramai terpedaya.
"Berbanding kita (UMNO) ada pelbagai fakta untuk menjawab isu yang diputarbelitkan pembangkang tetapi kita kurang petah menggunakan fakta tersebut bagi menangkis pembohongan pembangkang", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Justeru beliau yakin dengan wujudnya Unit Pidato dan Penghujahan Umum ini Pemuda dapat mencungkil penceramah yang berwibawa dalam usaha melahirkan lebih ramai pemidato pada masa akan datang.
Bagi tujuan itu jelas beliau lagi pihaknya akan mengenaplasti mereka yang berkebolehan serta berminat di dalam bidang berkenaan di peringkat akar umbi untuk dilatih sehingga benar-benar menjadi penceramah yang mantap.
"Untuk waktu terdekat ini, Pemuda bahagian telah diminta mengenalpasti serta menghantar nama-nama ahli Pemuda yang berminat untuk menceburkan diri sebagai pemidato Pemuda UMNO.
"Sehingga hari ini sudah ada lebih 100 nama yang dihantar kepada kita dan ini menunjukkan satu perkembangan yang cukup positif", ujarnya.
Unit Pidato dan Penghujahan Umum merupakan salah satu unit baru yang ditubuhkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam usaha melahirkan lebih ramai pemidato di kalangan ahli pergerakan berkenaan
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Lokman seterusnya berkata pihaknya telah merangkakan beberapa langkah bagi melicinkan perkaderan penceramah tersebut.
"Antaranya menyusun beberapa program latihan selain akan mengadakan pertandingan pidato di peringkat bahagian, negeri dan pusat. Mereka yang terpilih nanti akan diklasifikasikan mengikut piawan yang akan kita tetapkan kelak.
"Inilah matlamat kita untuk melahirkan lebih ramai ahli-ahli Pemuda yang boleh berhujah dengan fakta bagi berdepan dengan pihak lawan", katanya.
Sumber: WebPemuda

9:15 AM
Salam Sahabat,
1. Secara peribadi saya berpendapat bahawa kita harus dsri dulu mempunyai pendebat-pendebat yang hebat untuk menagkis serangan dari pemebangkang ini malah kepada musuh-musuh agama dan negara sekalipun.
2. Ini juga tidak terkecuali kepada pemimpin-pemimpin dari pelbagai lapisan kerana di dalam menghadapi musuh-musuh nyata dan tidak nyata kita harus berganding bahu dan bersama-sama bersatu padu berjuang.
Insyaallah.
8:50 PM
Bro,
Bro lihat di IPT..puak-puak depa pilih pemimpin dari kalangan mereka yang petah berpidato ..di sekolah-sekolah, depa pilih pemimpin dari kalangan pemimpin pelajar seperti pengawas, ketua kelas untuk depa didik..kita ambik hampas..kutu2 belahak yang tak tau apa2..itulah jadiknya. Sorrilah pendapat aku kasar
8:54 PM
Walaupun petah berpidato, mereka umpama tebar roti canai..sejengkal boleh jadi sehasta.. banyak ajinomoto..nasi tambah lebih beb.. tapi dah memang rakyat kita suka berita-berita yang mengarut marut..senanglah dia orang jual ubat ..sampai dok jaja cerita boleh masuk syurga..hebat beb..berani depa mempermain-mainkan syurga Tuhan.
9:02 PM
Pas itu Hampeh.