Sidang DUN yang bersejarah- Suasana Tegang Warnai Sidang DUN

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung hari ini mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya berlaku insiden di mana Ahli-Ahli Yang Berhotmat pembangkang telah menimbulkan suasana tegang dan kucar kacir di dalam dewan. Ini mencerminkan peribadi mereka yang kurang ajar dan tidak menghormati dewan yang mulia.

Maslin Sham Razman, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak berkata, tindakan Speaker lama, (V Sivakumar) menghalau Menteri Besar, Datuk Seri DR Zambry Abdul Kadir beserta Exco kerajaan negeri dan tiga Adun bebas jelas sekali menghina mahkamah. Ini kerana katanya keputusan mahkamah sebelum ini telah memutuskan bahawa penggantungan oleh Speaker lama itu tidak sah.

Tindakan mereka menyerbu, mengepung, menggertak dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Speaker yang baru dilantik menyerlahkan sikap samseng mereka dalam mengendalikan persidangan hari ini.

Jelas sekali pembangkang dengan sengaja cuba untuk melengah-lengahkan perjalanan persidangan tanpa mempedulikan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Nazrin Shah sejak awal pagi untuk merasmikan persidangan. Ini merupakan satu penghinaan kepada insitusi raja yang kini menjadi amalan pihak pembangkang.

Pergerakan Pemuda UMNO negeri Perak memandang serius tindakan ini yang mana boleh mengguris perasaan orang-orang Melayu.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment