Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim hari ini dibidas berhubung dakwaan rancangan parti pembangkang untuk mengadakan beberapa siri pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat.
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata tindakan tersebut bukan sahaja satu pembaziran malah sebagai satu penghinaan kepada institusi demokrasi negara ini.
Menurut beliau tindakan Anwar Ibrahim yang dikatakan mebuat perancangan untuk mengadakan beberapa siri pilihan raya kecil memperlihatkan tindakan tersepit beliau untuk menambah populariti demi kepentingan peribadi.
"Perancangan untuk mewujudkan beberapa pilihan raya kecil ini merupakan strategi Anwar dalam usaha mengalihkan perhatian rakyat kepada PKR yang kekurangan idea dalam menangani kesan krisis ekonomi global kepada negara.
"Tambah pula PKR tidak mempunyai agenda yang bersih atau formula yang kondusif untuk membantu rakyat di semua peringkat. Yang mereka tahu hanya beretorik dan berpolitik sepanjang masa", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Megat Firdouz berkata demikian bagi mengulas laporan media semalam mengenai kenyataan seorang penganalisis politik yang meramalkan Anwar akan merancang empat hingga lima pilihan raya kecil sebelum pilihan raya umum ke-13.
Sambil menyifatkan Anwar sebagai "master mind" kepada perkara itu, beliau seterusnya berkata Pas dan DAP di dalam pakatan pembangkang seolah-olah menjadi "Pak Turut".
Ini kerana katanya Anwar seolah-olah menjadi ketua kepada rakan-rakan parti pembangkang yang lain dan akan akur terhadap sebarang keputusan yang dibuat sungguhpun perkara itu jelas membelakangkan demokrasi.
Megat yang juga Timbalan Ketua UMNO Subang seterusnya percaya akan ada lagi pilihan raya selepas pilihan raya kecil DUN Penanti kelak.
"Saya percaya selepas Penanti, Anwar akan mengatur strategi atau membantu merancang lebih banyak pilihan raya kecil untuk membolehkannya memperkukuhkan kedudukan politiknya sendiri.
"Selain menutup perbicaraan kes liwat yang akan diadakan tidak lama lagi, Anwar akan membuat pelbagai lagi taktik kotor bagi mengalih tumpuan rakyat pada isu sebenar", ujarnya.
sumber: www.pemuda.com.my

3:31 PM
Jangan perkecilkan musuh anda, yang penting ketahui kekuatan musuh anda.
BN/UMNO sedang berada dalam keadaan parah. Kita terpaksa akui dan berusaha memulihkan BN/UMNO.
Ini bukan lagi masa untuk ber kata2 perkara yang tidak mendatangkan faedah terhadap pemulihan BN/UMNO.
PAS dan PKR akan tetap berada dalam posisi yang baik kerana mendapat sokongan DAP.
Kaum cina dan india pula sudah bersatu dalam DAP.
Apa yang patut kita lakukan sekarang ialah menyatu padu kan kaum melayu.
Mengutuk PAS/PKR sama mengutuk melayu. Jika kita terus kutuk mengutuk sesama bangsa sendiri akhirnya kita juga yang rugi.