Calon BN sudah diumumkan. Tuan Aziz Tuan Mat sandaran BN untuk merampas semula kerusi DUN Manek Urai dari tangan PAS.Mampukah Tuan Aziz menunaikan amanah tersebut. mampukah beliau menawan semula hati orang Melayu khususnya pengundi Manek Urai untuk kembali menyokong UMNO dan BN dalam PRK Manek Urai 14 Julai ini seterusnya menjadi pelopor kemenangan BN dalam PRU yang akan datang.
Bukan mudah untuk menang, bukan mudah untuk menawan semula hati orang Melayu untuk kembali menyokong UMNO/BN namun jika semangat kerja berpasukan dan setia bersama Barisan, BN bukan sahaja menawan semula kerusi Manek Urai malah mampu mengambil semula keyakinan rakyat di seluruh negara dalam PRU akan datang.
Hakikatnya, ini merupakan pertandingan antara BN dan PAS, namun dalam masa yang sama, sebagai calon dari Pemuda... akan memaksa Pemuda BN bekerja lebih keras, mengandakan usaha 300% untuk membalas semula keyakinan kepimpinan tertinggi BN yang telah memberikan keyakinan meletakkan calon dari Pergerakan Pemuda.

0 Komen
Post a Comment