Pemimpin naik bas, makan nasi lemak santai bersama rakyat dan perkahwinan sebenar serentak tiga pasangan Melayu, Cina dan India mengikut adat resam masing-masing menjadi kelainan acara Program Juara Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 22 Mei ini.
Seramai 15,000 dijangka hadir dalam program ini, yang berbeza dengan pelancaran Juara Rakyat di empat negeri sebelum ini kerana inilah julung kali sambutan acara dikendalikan sendiri oleh Barisan Nasional bahagian, bermula dengan Parlimen Titiwangsa, Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Bandar Tun Razak.
Tan Sri Muhyiddin dijangka tiba di Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa, Jalan Nahkoda, Off Jalan Cochrane (Parlimen Titiwangsa) pada jam 8.30 pagi untuk bersarapan nasi lemak dan kopi O secara santai bersama 7,000 warga kota, pemimpin komponen BN dan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang menjadi bapa angkat Program Juara Rakyat parlimen.
Beliau dijangka menyampaikan ucapan pelancaran Program Juara Rakyat Wilayah Persekutuan pada jam 9 pagi, disusuli pemberian bantuan kepada 350 rakyat miskin dan warga kurang upaya kaum Melayu, Cina dan
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan bersama pemimpin komponen BN lain pada jam 11 pagi akan menaiki bas ke PPR Sungai Bonus (Parlimen Setiawangsa). Langkah menggunakan bas ini bertujuan mengurangkan kesesakan, selain menjimatkan masa perjalanan.
Di PPR Sungai Bonus, Timbalan Perdana Menteri akan menyertai majlis ramah mesra bersama 3,000 warga
Timbalan Presiden UMNO akan singgah di Masjid Az-Zubair Ibnu Awam, Cheras untuk solat Zohor pada kira-kira jam 1 tengah hari sebelum menghadiri majlis persandingan tiga pasangan pengantin Melayu, Cina dan India di Bandar Tun Razak, sesuai dengan gagasan 1Malaysia.
Majlis persandingan yang mengikut adat resam masing-masing ini julung kali diadakan secara serentak. Timbalan Perdana Menteri akan menyempurnakan acara merenjis bagi pasangan pengantin Melayu, disusuli dengan acara minum teh pasangan pengantin Cina dan acara khas bagi pasangan pengantin India.
Juara Rakyat Wilayah Persekutuan adalah yang kelima dilancarkan selepas kejayaan pelancaran di negeri Kedah, Perak dan Kelantan. Program Juara Rakyat peringkat kebangsaan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Bukit Beruntung, Selangor pada 9 Januari 2010 yang menarik seramai 20,000 pengunjung.
Program Juara Rakyat sudah dilaksanakan di lebih 73 Bahagian melibatkan 250 program bulanan berjaya merapatkan interaksi antara kaum dan antara pemimpin politik dengan rakyat setempat, selain memberikan manfaat ilmu, pendidikan, sukan serta pengisian kerjaya kepada pengunjung. Ia juga membuka peluang kepada usahawan tempatan dan golongan muda mempamer serta memasarkan keluaran produk masing-masing.

5:55 PM
Berubahlah. Pemimpin BN harus mendekati rakyat dan selami permasalahan mereka.
Jangan jadi sombong, angkuh dan bongkak.
Porn star at work