
Pada mulanya, malas gak aku nak layan isu dan kemelut yang menghantui salah satu parti kompenan BN, ...... MIC. Bukannya apa, aku nak peduli apa, aku bukannya ahli MIC atau seangkatan dengannya.
Tapi bila kemelut ini nampaknya semakin merebak, perlu juga aku smash sekali MIC nie, bukannya membantu BN untuk memenangi hati semula rakyat, sebaliknya kemelut mereka sejak kebelakangan ini semakin menyusahkan BN untuk kembali mendapat tempat di hati rakyat, khususnya orang India sendiri....
Terkini, Setiausaha Agung MIC menjadi mangsa Samy Vellu yang seterusnya. Samy Vellu hari ini dengan serta-merta memecat Setiausaha Agung MIC, S Murugesan dan melantik Ketua MIC Negeri Sembilan Datuk T Rajagopalu sebagai Setiausaha Agung parti yang baru.
Dalam masa yang sama, Samy Vellu lantik ADUN Jeram, Datuk V. Mogan, sebagai Ketua MIC Negeri Sembilan.
Apa sebenarnya yang berlaku nie? Siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan Samy akan dipecat, akan digugur dan ditendang keluar dari MIC.... mengapa orang-orang muda, pemimpin pelapis dalam MIC yang menjadi mangsanya?
Mana hilangnya Bekas Ketua Pemuda MIC, Vignes? Last sekali aku jumpa dia waktu dia membawa ‘bala tenteranya’ ..... Kumpulan Penyokong Barisan Nasional (KPBN) untuk membantu TS Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang tahun lepas.....
Berbalik kepada isu dan kemelut MIC nie, apakah permainan yang hendak dimainkan oleh puak-puak nie? Adakah mereka dah bersedia untuk keluar dari Barisan Nasional sebagaimana yang T.Mohan suarakan baru-baru ini ketika mengaitkan UMNO cuba dan berganding bahu untuk ‘jatuhkan’ Samy Vellu.
Tidak berotakkah mereka ini, tidak tefikirkah bahawa apa yang melanda mereka (MIC) sejak kebelakangan ini tidak sama sekali membantu BN untuk mendapatkan semula sokongan rakyat sebaliknya ia mendatangkan rasa mual dan menyampah untuk melihat MIC pada PRU yang akan datang....
Kalau MIC dah berambus, senang citer..... tak payahlah BN nak peruntukkan kerusi buat MIC sebaliknya boleh bagi pada kompenan BN yang benar-benar ingin membantu Pengerusi BN, DS Najib Tun Razak dalam mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN....
Ini tidak. Hakikatnya apa yang berlaku dalam MIC pada hari ini ternyata sama sekali merosakkan rancangan BN dan D Najib untuk tawan semula hati rakyat.
Keterangan gambar: BEKAS Naib Presiden MIC, Datuk V Govindaraju bersalaman dengan orang ramai ketika hadir di majlis pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Seri Kembangan, hari ini - Pic BH-online

0 Komen
Post a Comment