Sudah jatuh ditimpa tangga. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. – Mungkin pepatah Melayu ini paling sesuai ditujukan buat seorang pemimpin yang bernama Zaib Bin Ibrahim…
Bukan adik Anwar Ibrahim, jauh sekali anak Ibrahim Ali….. Zaib Ibrahim yang aku maksudkan ini merupakan bekas calon Timbalan Presiden PKR yang telah pun menarik diri semalam.
Bukan sekadar menarik diri dari bertanding Timbalan Presiden, malah turut melepaskan semua jawatannya dalam PKR walaupun baru satu pertiga cabang parti itu mengadakan pemilihan.
Apapun, aku kena tabik springgggg kat mamat nie sebab beliau berani menjadi pencabar terkuat kepada Azmin Ali iaitu ‘anak emas’ Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan tersebut.
Alasannya menarik diri ialah kerana kecewa dengan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.
Walaupun tidak bertanding dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR, namun Zaid menegaskan beliau tidak akan meninggalkan pembangkang dan akan terus bercakap serta memperjuangkan isu rakyat bagi memastikan masyarakat mendapat kerajaan yang lebih baik.
Tapi, jam 11 pagi ni di kediamannya di Tropicana, Zaid akan umumkan satu perkara. Adakah dia akan keluar PKR dan masuk DAP? ….Masuk Pas tak mungkin. Kita tunggu jam 11 pagi nie….
0 Komen