DS Idris Jusoh Ketua Penerangan UMNO?


Ahhhh, tiba-tiba petang tadi aku mendapat panggilan dari seorang hamba Allah, seorang wartawan sebuah news portal, pada dasarnya nak minta komen aku sebagai Pengerusi GPMS Selangor berkenaan penyelewengan yang berlaku dalam Yayasan Selangor...... perlu ke aku komen, dulu aku komen pasal IKYS (institut Kemahiran Yayasan Selangor) pun masih takde tindakan, nie nak komen pasal makan malam plak, yang makan belanja yang cukup besar.....

Tapi dalam diam-diam, dia nak korek rahsia dari aku rupanya. Dia nak tahu pasal rombakan Kabinet UMNO yang dikatakan akan berlaku dalam masa terdekat nie.... Kenapalah tanya aku, sebabnya aku tak tahu apa-apa.... Aku ahli biasa sahaja, patutnya dia tanya kat SUA UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor ataupun tanya kat SUK, Datuk Ab Rauf Yusof sebab depa yang lebih tahu dan paling layak bercakap tentang perjalanan pentadbiran UMNO.

Tapi aku pun nak korek rahsia gak, aku tanya plak apa yang dier dengar pasal rombakan kabinet UMNO..... Dia pun katalah yang bekas MB Terengganu, DS Idris Jusoh akan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO dan 'si polan si polan' sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Wah, jauh sekali ramalan aku bila sebut dua nama ini. Namun bagi aku, kedua-dua nama yang dia sebut memang hebat, memang telah membuktikan kewibawaan mereka sewaktu mereka memimpin kerajaan negeri. Siapa si polan tu, nanti aku rumuskan dulu sebelum aku tulis di sini.

Kalau Idris Jusoh, memang dia berupaya dan mempunya kreativiti dan memang sesuai sebagai Ketua Penerangan UMNO. Bukanlah aku kata Datuk Ahmad Maslan tak layak, tapi kadang-kadang tingkah laku dan gerak kerjanya agak keterlaluan promosi medianya.....

kalau benarlah Idris Jusoh sebagai Ketua Penerangan UMNO, kita haraplah kewibawaan dan kekreatifan otaknya dapat digunakan untuk UMNO dan BN merampas dan mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk bersama BN dan UMNO.

Mengenai 'Si Polan' yang dimaksudkan akan jadi Setiausaha Agung UMNO tu, biarlah ia menjadi rahsia...sebab aku pun dah dengar berbagai-bagai nama untuk diletakkan sebagai SUA UMNO seterusnya SUA BN.

Yang penting, bukan individu tapi peranan dan kewibawaannya untuk meletakkan hala tuju UMNO dan BN khususnya dalam usaha kita menang selesa dalam PRU yang akan datang, bila itu bukan persoalaannya yang penting kita bersedia.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment