Kepimpinan tertinggi parti perlu melihat serta mengkaji semula keberkesanan program Juara Rakyat yang dianjurkan selama ini samaada ianya dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan disamping ianya benar-benar memberikan kesan serta manafaat kepada rakyat
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin ketika menyarankan perkara ini berkata terdapat beberapa kes (tanpa menyebut bahagian) yang mengadakan progam Juara Rakyat dengan hanya menganjurkan pertandingan badminton ianya diiktiraf sebagai program Juara rakyat sedangkan kesannya tidak sampai ke peringkat sasaran.
“Jika pertandingan ini sebagai salah satu pengisian program juara rakyat yang dianjurkan kita boleh menerima tapi jika inilah program keseluruhannya memang satu pembaziran dan kesannya tidak akan memberikan manafaat kepada rakyat” katanya ketika ditemui disini selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa UMNO bahagian di sini pagi kelmarin.
Hadir sama Timbalanya Isnin Haji Aliasnih,Ketua Pergerakan Wanita Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun, Bendahari UMNO Bahagian, Mohd Zahari Zinin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Ishak Haji Ibrahim.
Lajim yang juga Ketua UMNO bahagian Beaufort berkata, antara matlamat program Juara Rakyat ialah mendekati rakyat di peringkat akar umbi bagi membantu serta menyalami permasalahan mereka untuk diambil tindakan disamping sebagai wadah untuk memperkukuhkan perpaduan dikalangan anggota parti.
Menurut beliau apabila pengisian program Juara Rakyat diadakan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sudah tentu matlamatnya tidak akan kesampaian dan rakyat tidak akan menerima manaafat dari program tersebut.
“Kita kena kaji semula dari segi konsep serta pengisian program Juara Rakyat yang kita anjurkan jika tidak ianya hanya akan menjadi program sia-sia dan tidak akan memberikan kesan jangka panjang untuk rakyat dan parti” tambah Lajim.
Di samping itu Tambah Lajim penyertaan dari parti parti kompenan BN yang lain terhadap program Juara Rakyat setakat ini masih hambar dan disebabkan penyertaan dingin ini ada pihak yang menganggap program Juara Rakyat ini hanya program UMNO sahaja
Dalam perkembangan lain, beliau juga turut mengajak pemimpin dan anggota parti di semua peringkat agar mengamalkan budaya kerja berpasukan bukannya berkumpulan.
Katanya bila berkumpulan akan wujud perpecahan sebaliknya bila berkerja berpasukan kekuatan parti akan terserlah dan ini lebih memudahakan jentera parti untuk menghadapi cabaran terutamanya cabaran pada pilihanaraya umum akan datang
“Syukur di bahagian kita wujud budaya berkerja berpasukan dan saya berharap momentum akan berkekalan bagi kita menyusun jentera parti untuk menghadapi pilihraya umum akan datang” katanya.
8:35 AM
Bro..
sebenarnya program juara rakyat ni baik untuk rakyat dan akar umbi. Masalahnya sistem penyampaian dan pentadbiran perlu diperkukuh dan diberi kepada orang yang layak untuk memimpin bukan kepada "perompak".
Pemimpin perlu ada kriativiti untuk menarik masyarakat menyertai program bukan hanya mengharapkan budget dari pihak atasan saja. Banyak agensi yang boleh menaja dan menyertai program tapi ramai ketua pemuda bodoh sombong.
budak baling