Hehehehe...hakikatnya hari nie baru aku sedar bahawa bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan bekas calon PKR Parlimen Hulu Selangor (Sori Zaid, aku tak undi ko hari tu), datuk Zaid Ibrahim sudah keluar PKR..... Bila yea, macam ketinggalan plak aku bab citer si Zaid nie.
Apa yang berlaku dalam PKR hari nie, seterusnya keluarnya Zaid dari PKR, berlakunya demonstrasi minta Pemilihan dibatalkan ..... membuktikan bahawa PKR bukanlah parti yang benar-benar telus sebaliknya ia membuktikan bahawa ia sebuah parti 'anak-beranak' dan parti 'kroni' yang perlu ditinggalkan.
Kalau Zaid dah keluar PKR, Mustapa Kamil Ayub bila lagi? Takkan tak berani atau masih mengharap sentuhan kasih atau `talian hayat' dari Anwar Ibrahim .....
Dalam masa yang sama, Zaid nie juga merupakan Pengerusi Pakatan Rakyat yang sedang dalam proses 'penubuhannya'. Selepas nie, sape yang akan ganti Zaid, rasanya aku dah tahu siapa pengantinya ...... Azmin Ali.
Mustapa Kamil jangan harap dia akan diberikan nyawa istimewa oleh Anwar. Mustapa dah lawan orang kepercayaan Anwar. Sepatutnya Azmin tidak dilawan, patutnya Azmin diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk menjadi Timbalan Presiden PKR.
0 Komen