Ada Lagi Kes ‘Dahsyat’ Libatkan Azmin Bakal Meletup

Ummi Hafilda Ali mendakwa akan mendedahkan satu kes yang amat ‘dahsyat’ melibatkan abang kandungnya, Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun beliau mendakwa akan berbincang terlebih dahulu perkara itu dengan polis sebelum mendedahkannya.

“Saya ada satu kes yang amat ngeri melibatkan Azmin dan Anwar untuk didedahkan tapi saya perlu merujuk terlebih dahulu dengan polis sebelum mendedahkannya.

“Jadi tidak perlu saya sebutkan di sini kerana saya akan berbuat demikian sekiranya mendapat keizinan polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, untuk bertemu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Ummi Hafilda datang untuk membuat laporan polis serta memberi keterangan melibatkan Azmin dan Anwar.

Bagaimanapun, laporan polis tidak dapat dibuat kerana Mohd Bakri mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan berkemungkinan pertemuan mereka akan diadakan dalam masa terdekat.

Ummi Hafilda berkata, laporan polis dibuat bagi membersihkan namanya yang didakwa tercemar akibat difitnah.

Beliau mendakwa difitnah mempunyai skandal seks dengan individu tertentu sehingga menyebabkan maruahnya tercemar.

Menurutnya, fitnah itu dipercayai merupakan konspirasi terhadapnya setelah dia tidak mahu bersekongkol bagi menarik balik surat salah laku Anwar yang ditulisnya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah sampai masanya saya membersihkan nama yang tercemar dan saya mahu keadilan ditegakkan,” katanya.

Ummi Hafilda berkata, dia ada dokumen-dokumen berupa bukti untuk diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment