Karpal Tiada Pendirian, Sanggup Bersubahat Demi Agenda Kotor Dap

Pengerusi Dap Karpal Singh seharusnya bertanggungjawab dengan kenyataan berhubung kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemandu peribadi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azizan Abu Bakar pada 1998.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata sebagai seorang peguam, Karpal seharusnya mempunyai pendirian terhadap apa jua tindakan yang pernah dilakukan dan tidak harus mengenepikannya apabila perkara itu mempunyai kepentingan peribadi dan politik.

“Pada 1998, Karpallah orangnya yang beria-ria mengesa pihak polis mengambil tindakan terhadap Anwar berhubung kes liwat membabitkan pemandu peribadi isterinya, malah pernah membuat kenyataan terbuka bahawa dia mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu.

‘Tetapi apa yang berlaku sekarang, nampaknya perkara itu sudah terbalik, kini Karpal pula mengetuai barisan peguam Anwar membabitkan kes liwat dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Apa yang berlaku ini membuktikan, Karpal sangup melakukan apa sahaja bagi memastikan cita-cita serta kepentingan politik menjadi keutamaan walaupun terpaksa bersama-sama dengan orang pernah ditentang sebelum ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pihak supaya Karpal menjadi saksi kepada kes liwat Anwar yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Menurutnya,Karpal seharusnya menarik diri daripada menjadi peguam kepada Anwar jika dia mempunyai pendirian sejajar dengan profesionnya sebagai seorang peguam.

“Karpal sering bercakap mengenai moral, prinsip tetapi apabila berlaku pada dirinya, dia memdiamkan diri, jelaslah apa yang berlaku ini membuktikan pembangkang terutama Dap mempunyai agenda tersendiri.

“Anwar dipergunakan oleh Dap untuk mendapat sokongan dari orang Melayu, Dap mengetahui jika mereka bersendirian, mereka tidak mampu untuk mendapat undi orang Melayu, walaupun Dap bersama Pas dalam pakatan pembangkang tetapi mereka ini mempunyai perjuangan berbeza,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya Anwar, pakatan pembangkang berkeyakinan serta menaruh harapan bahawa peluang mereka untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang lebih cerah, dan perkara itu telah terbukti apabila kerjasama yang dijalin mampu menidakkan majoriti 2/3 BN di parlimen.

Annuar berkata, pada pilihan raya umum akan datang, peranan Anwar amat diperlukan sebab itu Karpal sanggup menjadi peguam belanya walaupun suatu ketika dahulu pernah menentangnya habis-habisan sehingga mengatakan mempunyai bukti kes kes liwat Ketua Pembangkang itu. UMNO-Online

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment