Khalid & Teng: Bodohnya Mereka Menerajui Kepimpinan Selangor

Aku sungguh kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor yang terlalu sibuk berpolitik hingga mengabaikan kebajikan rakyat Selangor.

Contoh paling ketara dalam usaha menderhaka kepada institusi Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Khas Dewan Undangan Negeri yang bertujuan mencadangkan pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Adakah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tak menyedari kekurangan majoriti dalam DUN Selangor, tetapi masih beriya-iya hendak mengadakan sidang khas DUN, bermakna sepanjang hari tersebut, semua wakil-wakil rakyat tidak kira wakil rakyat dari PKR, DAP dan PAS serta wakil-wakil rakyat BN berbahas dan berdebat di DUN untuk satu keputusan yang sudah diketahui lebih awal lagi.

Dalam masa yang sama, kami juga hairan dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Kim yang menggunakan kuasanya mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang kosong selain mengadakan sidang DUN Khas tersebut. Tindakan Speaker adalah satu lagi contoh ketidakpatuhan dan penghormatan kepada undang-undang yang ada.

Ada lain-lain undang di Malaysia, antaranya Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958 yang secara jelas memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tentukan kekosongan kerusi itu dan mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari dari tarikh kerusi itu ditentukan menjadi kosong.

Dalam hal ini, Speaker DUN Selangor tidak ada kuasa untuk mengisytiharkan kerusi itu kosong atau tidak dan hanya bertanggungjawab untuk memaklumkannya secara bersurat atas kekosongan atau sebab-sebab yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Namun apa yang berlaku ialah Speaker isytiharkan kekosongan dan ini adalah satu tindakan melebihi kuasanya (excess of power) dan keputusan ini tidak terpakai.

Dua kejadian terkini ini membuktikan betapa teruk dan dangkalnya kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang diketuai Tan Sri Khalid dan Speaker Datuk Teng Chang Kim dalam merencana dan memberikan khidmat bakti kepada rakyat Selangor sebaliknya mereka lebih gemar berpolitik sepanjang masa bagi mengekalkan dan meneruskan kesinambungan kepimpinan lemah mereka di negeri Selangor khususnya.

Akhirnya, kegagalan membuat pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dicadang oleh Kerajaan negeri adalah bukti jelas bagaimana dangkalnya para pemimpin dalam pakatan pembangkang berkerajaan.

Bukankah lebih baik sekiranya masa yang ada diperuntukkan kepada wakil rakyat untuk berbakti kepada masyarakat di kawasan masing-masing daripada ia terbuang sia-sia tanpa sebarang hasil. Rakyat membuat penilaian dan melihat satu demi satu kepincangan mereka untuk memperkukuh kuasa tanpa mengambil kira berkaitan janji-janji dalam manifesto mereka kepada rakyat.

Cukup-cukuplah kerajaan negeri mempunyai kepimpinan yang lemah dan lembab sebegini. Kita tidak mahu lagi adanya pemimpin-pemimpin sebegini dalam menerajui sebuah kerajaan, meminpin rakyat dalam menuju kecermerlangan di masa depan. Kita tidak mahu lagi pemimpin yang berpolitik sepanjang masa tanpa memikirkan masalah dan tekanan yang dihadapi rakyat.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. salam

    20 adun adun BN inilah sebenarnya penderhaka 1Malaysia.

    Cakap bedegar2 kononnya nak pertahankan raja2.

    tapi semuanmya taik kucing

Post a Comment