Makin Kelam Kabut, Pakatan Pembangkang Berdolak Dalih Isu Arak

Makin kelam kabut dan tiada kesepakatan dalam pakatan pembangkang sehingga banyak isu menjadi huru hara dan terbaru mengenai larangan terhadap orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak.

Perkara ini dibidas MCA Selangor yang menyifatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak sepakat dengan sekutunya iaitu Pas dan DAP dalam menyelesaikan isu tersebut.

Setiausaha Kehormat MCA Selangor, Wong Koon Mun berkata, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menyatakan pendirian sama ada mahu meneruskan larangan tersebut atau sebaliknya dan bukannya membiarkan DAP yang membuat keputusan tersebut.

“Sebelum ini Pas menyatakan sokongan untuk meneruskan larangan ini namun DAP bertindak mahu menarik balik larangan tersebut sekali gus menyebabkan PKR berdalih iaitu mahu mengkaji semula garis panduan tersebut.

“Keadaan ini jelas menunjukkan mereka tiada persefahaman untuk menyelesaikan isu arak ini sekali gus membuktikan mereka mempunyai haluan dan pendirian yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media di Pejabat MCA Petaling Jaya di sini hari ini bagi mengulas tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan kepada pekerja Islam untuk bekerja di premis yang menyajikan arak.

Ronnie dilaporkan mengesahkan pekeliling telah dikeluarkan kepada Yang Dipertua MPSJ, Md. Adnan Ikhsan untuk menarik balik larangan itu kerana mendakwa ia tidak disedari oleh kerajaan negeri.

Berhubung pendirian MCA terhadap larangan tersebut, Koon Mun berharap agar Kerajaan Pusat dapat menyediakan undang-undang tetap untuk menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Walaupun sebelum ini kerajaan negeri ada menyediakan garis panduan berhubung pekerja Islam menjual arak, namun ia masih tidak jelas,” katanya.

Koon Mun juga berharap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak tegas bagi menyelesaikan isu itu memandangkan jabatan itu bertanggungjawab dalam hal-hal agama Islam.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment