Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden Pkr, Azmin Ali menyifatkan jawatan Raja Komando atau Raja Jamaluddin Raja Abdul Wahid sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah ‘ganjaran’ selepas menjadi saksi palsu kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Ummi yang ditemui di Bukit Aman berkata, bagaimana Raja Komando boleh menjadi pengerusi syarikat terbabit yang menguruskan semua projek pasir di Selangor.
“Inilah Anwar sebenarnya, bapak rasuah, bapak penipu, bapak putar alam. Bukan sahaja dia merasuah Raja Komando, saya juga telah dimaklumkan bahawa ‘Baginda’ juga telah diberikan beberapa ekar tanah di Selangor.
“Saya mahu masyarakat berfikir, bagaimana Raja Komando boleh menjadi pengerusi syarikat tersebut jika bukan menerima rasuah. Kononnya dia memperjuangkan anti rasuah tetapi sendiri makan rasuah,” katanya.
Ummi juga menjelaskan bahawa dia akan membuat laporan polis fitnah jenayah terhadap Raja Komando menyebarkan fitnah kononnya Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin (pada tahun 1998) mengatakan dia seorang pelacur.
“Datuk Aziz telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Raja Komando dan tidak berfikir saya sehina itu. Saya juga mencabar Azmin dan Anwar supaya membuat laporan polis fitnah jenayah sekiranya laporan polis yang saya buat ini tidak benar.
“Sebelum ini saya telah mencabar mereka untuk sumpah laknat, sehingga kini mereka tidak buat. Kini saya cabar mereka lagi buat laporan polis jika apa yang saya cakap ini salah,” tegasnya.
Sebelum itu, Ummi yang dijangkakan menemui Ketua Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Seri Bakri Zinin, tertangguh kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
Sehingga artikel ini ditulis, Ummi masih belum berjaya menemui Datuk Seri Bakri bagi tujuan membuat laporan polis salah laku seks dan salah guna kuasa ke atas Anwar Ibrahim, Azmin dan Shamsidar. -MediaUMNO
4:05 PM
datok bakri pun naik takut la broo.......