
Karier politik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berakhir sebaik sahaja dunia mengetahui bahawa lelaki Y, iaitu tuan punya air mani yang dijumpai dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah kepunyaan Anwar Ibrahim.
Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Lokman Noor Adam berkata, mungkin Anwar boleh memekakkan telinganya bila rakyat mula bangkit berdemonstrasi mendesak agar beliau membenarkan DNA nya diambil tetapi bolehkah beliau ingkar perintah Mahkamah, jika Hakim memerintahkan beliau berkerjasama dalam membenarkan DNAnya diambil.
“Kita kecewa dengan alasan bodoh peguam Anwar, Sivarasa Rasiah yang menyatakan bahawa beliau menasihati anak guamnya supaya jangan menyerahkan DNA kerana tidak percaya dengan proses penjanaan DNA dari sampel yg diambil.
“Tidak pernah dalam sejarah perundangan negara ini ada pihak yang mempertikai proses penjanaan DNA yang dijadikan bukti pembicaraan”, katanya kepada UMNO-Online.
Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia menambah pelbagai syarat yang dikenakan oleh pihak Anwar berhubung pengambilan DNA ini adalah sesuatu yang cukup luar biasa dan melucukan.
“Jika Sivarasa mahu melihat sendiri bagaimana sampel yang diambil diproses sehingga DNA dihasilkan, kita juga nak melihat proses pengambilan sampel air mani dari Anwar dilakukan”, ujarnya secara sinis.
Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Justice 4 All, Anuar Basiran berkata, “berani kerana benar, takut kerana salah,” adalah peribahasa yang sesuai untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kenapa perlu Anwar ke hulu hilir untuk membawa rakyat sebagai hakim bagi pertuduhan yang beliau hadapi?
“Rakyat kini semakin matang. Rakyat sudah jemu dengan tindakan Anwar yang terus-terusan amal cara politik `Matlamat Halalkan Cara’ dalam usaha untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya mahu menjadikan negara ini negara Republik,” katanya.
Beliau seterusnya melemparkan persoalan, apa sudah jadi dengan Anwar Ibrahim?
“Ini persoalan yang perlu kita sebagai rakyat fikirkan. Kalau dulu beliau sentiasa bercerita tentang keadilan kini apa jenis keadilan yang mahu ditegakkan sekiranya beliau sendiri takut dengan keadilannya sendiri.
“Anwar- Beranilah berhadapan dengan masalah ciptaan kamu sendiri. Jangan hanya berani melaungkan keadilan tetapi kamu sendiri takut pada kebenaran,” ujarnya.

0 Komen
Post a Comment