
Pengerusi Justice 4 All, Anuar Basiran berkata, drama terbaru ini telah menunjukkan bahawa Anwar seolah-olah telah membayar kepada Dato' T untuk melakukan tentang video salahlaku seksnya pada pelacur dari negara China.
Ironinya pendedahan ini amat licik sekali. Belumpun habis video itu ditayangkan kepada pihak media, Pengarah Komunikasi dan strategi PKR Yb Nadzmi telah mengumumkan dalam laman twitternya bahawa Anwar teraniaya lagi.
Lebih pelik lagi mengapa hanya pihak media yang dipanggil untuk menonton tayangan tersebut?
Kemudian pula Dato' T menyatakan bahawa beliau pulang ke hotel untuk mengambil jam tangan jenama omega yang tertinggal di atas meja hotel tersebut.
Kemudian pula episod ini diteruskan pula dengan cerita karut Anwar yang menyatakan perut si pelaku lebih besar darinya.
Kalau di nilai dan diperhalusi inilah mungkin permainan politik ' Do or die' @ mungkin " Do And Die". Anwar dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan bagi pilihanraya umum negeri Sarawak dan juga dalam keadaan terdesak untuk mengalihkan perhatian rakyat dalam hal DNA yang amat diperlukan.
Inilah strategi yang amat hebat di alaf ini. Kerana, amalan " do or die" sudah biasa kedengaran dan dilakukan. Tetapi " Do and Die" mungkin adalah cara dan gaya baru politik masakini. Melalui amalan ini jika gagal maknanya memang mereka akan kehilangan simpati dari rakyat.
"Apapun, saya bersyukur kerana ramai bloggers dan facebookers serta twitter dari pihak kerajaan telah menyedari permainan anwar kali ini.
Menjadi harapan saya agar rakyat semua kembali menumpukan perhatian pada kes Anwar dan meminta beliau segerakan pemberian DNA ini agar masalah kes ini dapat diselesaikan. Dalam masa yang sama mungkin juga kita boleh mencari serta mengenalpasti siapa sebenarnya Dato' T insan yang telah membongkar dan mendedahkan video tersebut," ujarnya.
Apapun tumpuan penuh kita adalah untuk memenangi pilihanraya umum negeri sarawak yang akan dijalankan bila-bila masa sahaja setelah Pembubaran DUN telah dilakukan.
Kepada Anwar dan pengikutnya. Kami tidak sekali-kali akan diperbodohkan lagi. Semoga akhirnya nanti kebenaran tetap berada di pihak kerajaan Barisan Nasional.

0 Komen
Post a Comment