Filem `Y' Sekadar Kaburi DNA Lelaki Y


Pendedahan rakaman video sex membabitkan pemimpin tertinggi pembangkang seperti dilaporkan media adalah suatu perancangan politik dalam usaha mengaburi orang ramai berhubung kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin menyifatkan apa yang berlaku antara usaha Anwar untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap beliau berhubung desakan masyarakat kepadanya supaya menyerahkan DNA untuk dianalisa bagi merungkai kemelut indentiti `Lelaki Y’.

“Apa yang berlaku semacam satu `ploy’ (perancangan), dia (Anwar) begitu cepat tindakannya menafikan rakaman itu, dia sendiri yang menyatakan individu bukan dirinya sedangkan tiada siapa yang mendedahkannya, tindakan ini suatu yang meragukan.

“Dari apa saya kenali, Anwar tak pernah buat laporan polis, tapi dalam hal ini dia sendiri yang buat laporan polis, itu sebab ada keraguan berhubung pendedahan video sex ini,” katanya ketika mengadakan sidang di lobi Parlimen.

Menurutnya, jika benar ingin membersihkan namanya, beliau tidak perlu bersusah payah hanya perlu serahkan sampel DNA kepada pihak berkuasa dan itu lebih mudah daripada membabitkan rakaman video itu.

“Yang peliknya, dia begitu cepat nafikan pembabitkannya dengan rakaman video itu, sedangkang bila minta DNA tak mahu bagi, mengapa nak menyorok di belakang Karpal Singh. Hanya setitik darah dia mampu bersihkan namanya.

“Yang penting ialah besok, mengenai DNAnya, tetapi kita dikejutkan dengan satu lagi cerita sehinggga cerita mengenai DNA tengelam, isu yang dihadapi oleh Anwar adalah DNA,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku itu mungkin turut membabitkan desakan daripada pemimpin-pemimpin Pas supaya Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah untuk dinalisa.

“Apa yang saya dengari, kepimpinan Pas ada mengadakan pertemuan dengan Anwar dan desak dia serahkan DNAnya, kalau tidak, Pas akan mengkaji semula hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat.

“Ini antara sebab yang timbulnya kes video sex, ini semua hendak alihkan perhatian, dia kini berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

Zulkifli berkata, dari apa yang berlaku itu ia bagaikan dirancang, bermula dengan pendedahan, kira-kira tiga jam kemudian Anwar buat penafian melalui sidang media dan beliau tidak membuat laporan polis.

Menurutnya, dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa beliau belum lagi melihat rakaman video berkenaan tetapi apa yang peliknya Anwar mengatakan susuk badan individu dalam video berkenaan adalah berbeza dengan dirinya.

“Turutan apa yang berlaku serta yang dinyatakan oleh Anwar ketika sidang media adalah meragukan dan seperti ada perancangan.

“Saya tidak melihat video itu dan saya tidak berminat untuk melihatnya, tapi dari apa yang saya ketahui dari orang menyaksikan video berkenaan membabitkan seseorang yang berprofil tinggi,” katanya. -MediaUMNO.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment