Ahli Perniagaan, Rahimuddin Md Harun, 50 berkata, Kerajaan Malaysia harus bertindak tegas dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana di dalam ceramah tersebut terdapat banyak unsur-unsur yang menghasut dan rakyat agar menentang kerajaan dan menjatuhkan kerajaan yang bukan lagi melalui cara pilihan raya atau pemlihan sebagaimana yang kita lakukan sekarang.
“Ini mungkin akibat tekanan yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim dengan kes liwatnya dan terkini, kes video seksnya. Beliau menggunakan cara berceramah secara provokasi, dengan mengajak rakyat bangun menentang kerajaan yang ada sekarang.
Antara hasutan-hasutannya, sebagaimana yang dapat kita tengok dalam youtube, beliau mengajak golongan muda hari ini menentang kerajaan, kononnya kerajaan hari ini telah berlaku zalim ke atas diri beliau dan pakatan pembangkang. Inilah yang diperkatakan Anwar sewaktu memberikan ceramahnya baru-baru ini,” ujarnya kepada pemberita selepas membuat laporan polis sebentar tadi.
Tambahnya, ini juga usaha dan agenda Anwar Ibrahim, untuk mencetuskan pergolakan politik sebagaimana yang berlaku di Mesir dan Negara Timur Tengah yang mengulingkan kerajaan melalui proses demostrasi jalanan.
“Banyak Negara Timur tengah kini berada dalam situasi tegang dan banyak Negara digulingkan dengan proses demostrasi jalanan, dan akhirnya kuasa asing akan datang yang kononnya untuk menyelamatkan rakyat di Negara tersebut, tetapi apa yang berlaku sebenarnya ialah kuasa asing ini bukannya nak menyelamatkan rakyat sebaliknya mereka mahukan minyak yang terdapat dalam negera tersebut, sebagaimana di Libya.
Pada saya, inilah satu cara Anwar nak menyelamatkan diri beliau daripada kes liwat dan kes video lucah yang kini cukup hangat diperkatakan dalam masyarakat kita pada hari ini,” tambahnya lagi.
Sehubungan dengan itu, Rahim meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan proaktif bagi membendung usaha-usaha ‘militan’ ini, bagi menjamin keharmonian dan keamanan di dalam Negara kita.

7:13 PM
Salam,
Laporan polis menyatakan DSAI menghasut Rakyat memberontak dah dibuat agak-agak ada tak Rakyat yang berani bangkit menyaman DSAI kerana telah menjadi mangsa tipu DSAI selama berbelas tahun.
Kalau Restoran Mc Donald yang tak memaksa orang membeli makanannya dapat disaman oleh lelaki yang Obes kerana suka makan burgernya adakah kita rakyat malaysia boleh menyaman DSAI kerana telah tertipu selama berbelas-belas tahun.
Trauma bro trauma pasala setiap hari mengikuti perkembangan kes tapi akhirnya kebenaran dapat kelihatan