Hari Mengundi .... Jom Undi BN

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau, bermula hari ini dengan pusat-pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44, iaitu Anggota Jawatankuasa
Umno bahagian Jasin, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga
Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, dalam pertandingan di DUN Merlimau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN
Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Bagi DUN Kerdau pula, Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Krau dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dicabar Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.

Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kerdau daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas akibat serangan jantung.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment