
Kuala Lumpur- Selepas Selangor, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, program Jelajah One Malaysia (JOM) Pemuda BN yang telah mendapat sambutan luar biasa dari rakyat dan kerajaan negeri sebelum ini memberi semangat kepada Pemuda barisan Nasional (BN) untuk meneruskan misi JOM.
Program baik pulih rumah di Kampung Segambut Dalam, Kampung Padang Balang, Taman Salak Jaya dan Bandar Tun Razak menjadi pembuka tirai misi jom di Wilayah Persekutuan. Program ini terus mendapat sambutan dan rata-rata penduduk yang ditemui, tidak menjangkakan Pemuda BN akan turun padang di kawasan kampung mereka.
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kehadiran Pemuda BN bukanlah sekadar datang untuk memberi janji-janji palsu kepada penduduk sebaliknya kehadiran Pemuda BN untuk membuktikan bahawa melalui kepimpinan Barisan Nasional, janji-janji BN bukanlah omong-omong kosong untuk membantu rakyat, tidak seperti pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
“Kita tidak seperti pemimpin-pemimpin mereka, khususnya di kawasan Parlimen Segambut, Batu, Seputeh dan Bandar Tun Razak, Ahli Parlimen mereka yang diwakili PKR tidak pernah mengotakan janji pilihanraya mereka sebaliknya hanya sibuk berpolitik hingga mengabaikan kebajikan dan permasalahan penduduk di kawasan yang mereka wakili.
Program JOM merupakan sebahagian program Pemuda BN dalam memastikan tradisi BN membela rakyat diteruskan melalui khidmat Pemuda BN, pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa agar masyarakat di kawasan-kawasan seperti ini akan terus diberi perhatian dan pembelaan,” ujarnya ketika Pelancaran Program JOM Peringkat Parlimen Seputeh di Taman Salak Jaya.
Seperti program JOM sebelum ini, aktara aktiviti utama ialah Program Membaik-pulih Rumah penduduk kawasan tersebut. Tiga rumah yang dibaiki dan dibiayai penuh Pemuda BN sebagai usaha sayap komponen BN ini dalam menyelesaikan masalah setempat.

0 Komen
Post a Comment