
Temerloh, 6 Mac- Kita bersyukur di atas kemenangan Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad atas kemenangannya pada hari ini. Kita juga ingin mengucapkan tahniah atas kerja keras jentera BN sepanjang tempoh berkempen selama 9 hari ini untuk memastikan kemenangan calon BN hari ini, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Kerdau dan rakyat Pahang secara umumnya, dan ia memberikan motivasi daripada Perlis sampailah ke Sabah. Mudah-mudahan Barisan Nasional akan terus di hati rakyat Malaysia dengan kemenangan berganda di Kerdau, di Merlimau dan di pilihan raya sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kerdau di Dewan Tun Razak, Temerloh.
Dalam masa yang sama, Ahmad menegaskan antara punca peningkatan majoriti yang diperolehi calon BN adalah kerana keyakinan pengundi kepada pucuk pimpinan BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selain itu jentera BN telah melaksanakan tugas dengan berkesan dan dasar-dasar yang dibawa kerajaan BN diyakini dan diterima oleh rakyat.
“Selain itu, calon kita juga memainkan peranan penting dalam peningkatan majoriti BN kali ini. kedua-dua calon kita di Merlimau dan khususnya di Kerdau ini, Syed Ibrahim yang cukup dikenali dan diterima oleh masyarakat di Kerdau.
Dalam masa yang sama, penambahan undi di Felda sebagai kita punya `fix deposit’ di kawasan ini,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan yakin dengan kemenangan berganda, selain tiga pilihan raya kecil di Galas, Batu Sapid dan Tenang baru-baru ini, tentunya memberi motivasi yang cukup hebat daripada Perlis sampailah ke Sabah, untuk BN menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat.

0 Komen
Post a Comment